NatashaaZaini

Stay safe kepada followers. Aku nak hiburkan korang pun aku tak ada idea. Tapi aku harap kita semua baik baik ja. Inshaa Allah 

Luna-think

Assalamualaikum and Hi. Saya tumpang promote ya.
          
          https://www.wattpad.com/story/390917339?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=Luna-think
          
          If anyone suka genre romantic comedy, enemy to lover, arrange marriage. Boleh baca. Buat isi masa lapang. Cerita ringan² je. Hehe Thank you
          
          SINOPSIS 
          
          Kahwin dengan musuh? Siapa je yang sanggup?!
          
          Adra Aleeya dan Faiq Qalish-dua insan yang langsung tak sebulu. Bagi Adra, Faiq tak lebih dari lelaki menyakitkan hati yang pernah menghancurkan kepercayaannya dulu. Manakala bagi Faiq, Adra hanyalah gadis keras kepala yang seronok menentang dia dalam segala hal.
          
          Bagi Adra, perkahwinan adalah tentang pilihan dan cinta-bukan satu paksaan. Tapi hidup tak selalu ikut kehendaknya. Dalam sekelip mata, dia dijodohkan dengan Faiq Qalish, lelaki yang sejak dulu lagi dia tak pernah sebulu.
          
          Dari hari pertama, hidup mereka penuh dengan perang dingin, drama tarik tali, dan cubaan Adra untuk mengelak dari segala bentuk "suami isteri things." Tapi Faiq? Dia tak pernah penat mencuba. Dengan muka tak malu, ayat menggetarkan hati, dan godaan tanpa henti-dia nekad nak buat Adra panggil dia "abang."
          
          "Cuba panggil aku abang." - Faiq Qalish
          "Pergi mampus." - Adra Aleeya
          
          Tapi benci ke kalau setiap kali Faiq dekat, jantung Adra laju semacam? Dari perkahwinan yang penuh kejutan, drama makcik-makcik bawang, hingga ke bab cinta yang makin membara, mampukah mereka ubah benci jadi cinta? Atau Faiq bakal tersungkur dalam misi menawan hati isteri sendiri?
          
          Sebuah kisah perkahwinan paksa yang penuh gelora, kelakar, manis, dan pastinya buat jantung berdegup laju!

RisyaLi

lucyana-

Cold Summer : Unconditional Love IN THE HOUSE‼️Stock tinggal dah tak banyak, selepas kasi licin tidak akan ada cetakan ulangan . Siapa belum dapatkan novel genre romantik ini? Jom serbu shopee sekarang. 
          
          https://shp.ee/2m6nqzj
          
          Srap! 
          
          Bunyi kibasan kain sesekali menemani mereka berdua. Mina melipat dengan kemas dan diasingkan mengikut pakaian masing-masing. 
          
          “Cikgu, saya dah siapkan kerja rumah,” tegur Changbin sambil jalan melutut menghampiri Mina. Buku latihan dibawa bersama. 
          
          “Dekat rumah pun nak panggil mama cikgu?” Sempat Mina mencuit hidung Changbin lalu anaknya tersengih sambil menjungkit bahu. 
          
          Bila lagi dia hendak menyakat Mina kalau bukan di rumah. Kalau di taska, tumpuan Mina dibahagikan buat kawan-kawannya. Changbin terpaksa biasakan diri dilayan sama taraf dengan murid-murid yang lain. 
          
          Mina melihat hasil kerja Changbin dalam membina ayat. Ada satu soalan yang tertinggal buat Mina membaca terlebih dahulu sebelum menegur. 
          
          ‘Sila bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan: 1) Ayah 2)Ibu’ 
          
          Awal-awal lagi Changbin sudah meninggalkan soalan pertama. Tahula Mina apa sebabnya.
          
          Changbin mengambil sehelai baju kerana mahu membantu Mina menyudahkan kain yang berlonggok dalam bakul. Setelah dua saat, Changbin tersenyum apabila bajunya sendiri sudah siap dilipat dan berbentuk seperti kon roti tisu. Tangan ditepuk bersama rasa bangga.
          
          Mina menahan diri daripada ketawa sebelum merapati anak kecil itu. “Sayang mama… Kenapa
          tinggalkan soalan nombor satu?” Mata dikerling pada soalan yang tidak ditulis dengan jawapan. 
          
          “Changbin tak tahu nak tulis apa.”
          
          Mina cuba untuk senyum walaupun jiwanya diketuk rasa hiba. Dia perlu menjadi penyumbang semangat buat anaknya. Tanpa keluarga yang lengkap sekalipun, tidak semestinya Changbin perlu menyekat gambaran dalam membayangkan bahawa dia benar-benar mempunyai seorang ayah.