Navambar

Dahulukala ku menggelar diriku sebagai pembenci realiti. Namun setelah bertahun, akhirnya ku tukar diriku sebagai nama pena yang unik.
          	
          	Kerana ketika itu, aku ciptakan satu cogan kata. Malangnya aku sudah lupakan ayat itu kerana hidupku sekarang hasil dari realiti.
          	
          	Tidak seindah mimpi yang aku sangkakan. Tetapi hidup ini ada jatuh dan bangunnya. 
          	
          	Apabila kau mendapat sesuatu, kau juga akan kehilangan sesuatu pada masa yang sama. Aku dapat berubah arah untuk mencari kebahagiaan tetapi aku kehilangan bakat dalam mencipta cerita yang menarik namun tidak pernah ada penamatnya.
          	
          	Kerana setiap penamatnya akan mencipta permulaan baharu. Dan jalan hidupku tiada permulaan baharu. Hanya perjalanan yang terbelit-belit dengan jalan yang berliku.
          	
          	Apa dimaksudkan dengan permulaan baharu? Aku masih bertanya pada diriku. 
          	
          	Mungkin, permulaan akan bermula jika berjumpa dengan seseorang yang mampu tarik diriku ke jalan serba baharu?
          	
          	Mungkin ini petanda. Senyumannya terhasil apabila dia sedar aku memandangnya. Aku memandang ke hadapan.
          	
          	“Jom teruskan perjalanan kita?” Soalnya. Aku menggeleng.
          	
          	“Bukan selalu kita rehat ni. Sejuk je angin dari atas ni,” kataku padanya. Dia tersenyum.
          	
          	“Kau ni mesti tengah sentimental, kan? Okay, kita enjoy tengok view dulu,” sambungnya lagi lalu baring di atas pahaku. Aku mendalami perasaan ini, pemandangan ini, dan dirinya.
          	
          	Untuk menikmati saat ini sebelum menghadap masa hadapan yang penuh dengan misteri. Aku tersenyum kembali memandang dia. 
          	
          	Aku tahu ini tidak akan kekal selamanya. Aku akan pergi dan dia akan terseksa. Semoga dia bahagia di masa hadapan.
          	
          	(One shot untuk cerita baharu, Tryzin)
          	(Welp aku takde idea nak publish pun HAHAHA)

Deannn4

_chaefreude

— Jemput baca my new fanfic ✨
          
          ❝ Kejujuran kau buatkan aku tertarik nak mengenali kau. Kenaifan kau buatkan aku rasa nak lindungi kau. Dan setiap kali kau sedih, aku rasa nak pinjamkan bahu aku untuk kau supaya kau tahu, yang masih ada seorang insan dalam dunia ni yang ambil berat pasal diri kau. ❞
           — Unknown Hero, Jeon Jungkook.
          
          https://my.w.tt/nXEGEandF0