Niemza

KRONIKA INDERAGANA 
          	Genre: Fiksyen sejarah, fantasi & aksi
          	Status: On Going (26 bab)
          	
          	•❅───✧❅✦❅✧───❅•
          	
          	Ketika matahari pagi sudah semakin menerangi langit, mereka sudah jauh dari tembok batu yang mengelilingi kota. Puncak tertinggi Istana Purnama Windu kelihatan sayup-sayup antara rimbunan daun.
          	
          	“Kalau patik boleh bertanya, kenapa tengku tiba-tiba mahu keluar dari istana?” Athari akhirnya bertanya. Dia sebenarnya mewakili musykil rakan-rakannya yang lain.
          	
          	Putera Zulkarnain hanya menoleh seketika pada Athari sebelum menjawab, “Beta tidak akan mendapat rehat yang sebenar-benar rehat jika beta kekal di istana. Terlalu ramai yang akan mencari beta. Sesak.”
          	
          	“Tapi… bukankah hari ini kerabat sebelah gemulah bonda Tengku ingin datang berkunjung?”
          	
          	“Tepat sekali.” Putera Zulkarnain mendesah, lelah. “Beta tidak ingin menemui sesiapa. Noktah.”
          	
          	Ada lagi yang ingin Athari pertanyakan, dia pilih untuk membungkam. Rombongan itu diselubungi khali. Hanya diisi oleh bayu yang berdesir dan redup rimbunan dedaunan pokok membawa tenang ke dalam diri. 
          	
          	“Beta akan kerap lakukan ini lagi di masa hadapan. Jadi,  jangan pernah lupa bawa senjata dan perisai ringan kalian.” Putera Zulkarnain menyambung. Dia menoleh lalu melemparkan senyum segaris. “Ramai yang mengincar nyawa beta.”
          	
          	Para Satria serentak menggenggam erat senjata masing-masing.
          	
          	•❅───✧❅✦❅✧───❅•
          	
          	Baru jumpa? Mulakan pembacaan di sini!
          	https://www.wattpad.com/story/307221667 
          	
          	Sambung baca Bab 26 di sini: https://www.wattpad.com/1452029684?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Niemza

Niemza

@Alif_Firdaus_Azis Alhamdulillah, terima kasih! Jangan segan tinggalkan komen kalau ada apa-apa kesilapan. (⁠◕⁠ᴗ⁠◕⁠✿⁠)
Balas

Alif_Firdaus_Azis

Menarik. Baru jumpa dan terus masuk dalam list. 
Balas

Niemza

KRONIKA INDERAGANA 
          Genre: Fiksyen sejarah, fantasi & aksi
          Status: On Going (26 bab)
          
          •❅───✧❅✦❅✧───❅•
          
          Ketika matahari pagi sudah semakin menerangi langit, mereka sudah jauh dari tembok batu yang mengelilingi kota. Puncak tertinggi Istana Purnama Windu kelihatan sayup-sayup antara rimbunan daun.
          
          “Kalau patik boleh bertanya, kenapa tengku tiba-tiba mahu keluar dari istana?” Athari akhirnya bertanya. Dia sebenarnya mewakili musykil rakan-rakannya yang lain.
          
          Putera Zulkarnain hanya menoleh seketika pada Athari sebelum menjawab, “Beta tidak akan mendapat rehat yang sebenar-benar rehat jika beta kekal di istana. Terlalu ramai yang akan mencari beta. Sesak.”
          
          “Tapi… bukankah hari ini kerabat sebelah gemulah bonda Tengku ingin datang berkunjung?”
          
          “Tepat sekali.” Putera Zulkarnain mendesah, lelah. “Beta tidak ingin menemui sesiapa. Noktah.”
          
          Ada lagi yang ingin Athari pertanyakan, dia pilih untuk membungkam. Rombongan itu diselubungi khali. Hanya diisi oleh bayu yang berdesir dan redup rimbunan dedaunan pokok membawa tenang ke dalam diri. 
          
          “Beta akan kerap lakukan ini lagi di masa hadapan. Jadi,  jangan pernah lupa bawa senjata dan perisai ringan kalian.” Putera Zulkarnain menyambung. Dia menoleh lalu melemparkan senyum segaris. “Ramai yang mengincar nyawa beta.”
          
          Para Satria serentak menggenggam erat senjata masing-masing.
          
          •❅───✧❅✦❅✧───❅•
          
          Baru jumpa? Mulakan pembacaan di sini!
          https://www.wattpad.com/story/307221667 
          
          Sambung baca Bab 26 di sini: https://www.wattpad.com/1452029684?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Niemza

Niemza

@Alif_Firdaus_Azis Alhamdulillah, terima kasih! Jangan segan tinggalkan komen kalau ada apa-apa kesilapan. (⁠◕⁠ᴗ⁠◕⁠✿⁠)
Balas

Alif_Firdaus_Azis

Menarik. Baru jumpa dan terus masuk dalam list. 
Balas

Niemza

KRONIKA INDERAGANA 
          Genre: Fiksyen sejarah, fantasi & aksi
          Status: On Going (25 Bab)
          •❅───✧❅✦❅✧───❅•
          
          “Niat patik sekadar melampiaskan marah atas keadilan yang tidak berbela. Tak dapat tanduk, telinga dipulas pun cukuplah. Tidak lebih, tidak kurang.”
          
          Berat tarikan nafas Puteri Zulaikha. Melalui srikandinya, memang dia tahu apa yang terjadi kepada mereka bertujuh. Hakikatnya mereka itu mangsa keadaan. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.  
          
           Dari ekor mata, dia mengerling Putera Zulkarnain. Saudaranya itu sedang mendengarkan bisikan Alang. Apabila Putera Zulkarnain meminta kepastian, bersungguh-sungguh Alang mengangguk dengan wajah sugul. Entah apa yang dilaporkan Alang, Putera Zulkarnain segera melarikan pandangan apabila sedar dirinya sedang diperhatikan Puteri Zulaikha.
          
          Semoga itu tanda Putera Zulkarnain sedar dia telah melakukan kesalahan.
          
          Puteri Zulaikha menyambung, “Namun, sedarkah engkau yang tindakanmu ini salah? Jangan kerana seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.”
          
          “Patik bersedia menerima hukumannya, Tengku Puteri. Namun, patik akan mengheret sama Satria Setia Daik dan sekalian anak-anak buahnya. Bagaimana patik dapat memasang jerangkap samar itu, kalau bukan kerana kelalaian mereka? Cakap berdegar-degar, tahi sangkut di gelegar. Baru patik yang bertingkah usil. Bagaimana jika musuh yang berakal jahat?”
          
          "Jangan lancang, Satria!"
          
          •❅───✧❅✦❅✧───❅•
          
          Baru jumpa? Mulakan pembacaan di sini!
           https://www.wattpad.com/story/307221667 
          
          Sambung baca Bab 25 di sini:
          https://www.wattpad.com/1448591998?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Niemza
          

Niemza

[D-6] Hai, penulis-penulis semua! 
          Kalau yang namanya penulis, anda mesti mempunyai banyak idea yang menarik tersimpan di dalam buku nota bank idea anda!
          
          Tapi, sampai bila kita nak simpan idea-idea yang berharga itu? Takutnya, cerita-cerita yang berpotensi tidak sempat dikongsikan kepada dunia.  
          
          Tapi, secara purata jumlah patah perkataan yang dikehendaki oleh penerbit-penerbit di Malaysia untuk manuskrip novel fiksyen adalah dalam julat 60-80 ribu patah perkataan.
          
          Banyak tu!
          
          Jadi, sebagai cadangan... anda patut sertai:
          ┏━━━━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━━━━┓
              INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2024
          ┗━━━━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━━━━┛
          Ini merupakan cabaran menulis novella yang panjangnya hanya 17,000 patah perkataan selama 36 hari saja! 
          Pendek, tetapi pada akhir cabaran ini anda ada draf pertama yang sedia untuk digilap!
          
          Maklumat lebih lanjut mengenai cabaran ini:
          https://www.wattpad.com/1424956567?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=lnkfinity
          
          Berminat? Anda patut buka buku catatan anda dan pilih idea yang terbaik. Bentukkan premis cerita anda yang akan bertindak menjadi tulang belakang cerita anda.
          
          Apa itu premis? Anda boleh baca artikel tips penulisan di sini!
          https://www.instagram.com/p/C1yOvs7pB_V/?igsh=MTJ4a3F1anhsYTh2aA==
          
          Berani sahut cabaran kami? 
          Jumpa 1 March 2024 nanti! 
          
          "Realisasikan Mimpi, Bebaskan Kreativiti!"

Niemza

[D-7] Perhatian kepada para penulis sekalian!
          
          Adakah anda antara penulis-penulis yang mempunyai ketahanan mental dan disiplin yang tinggi? Mampukah anda menulis sebuah novella dengan panjang 17,000 patah perkataan dalam masa 36 hari?
          
          Cabaran ini akan berlangsung pada: 
          1 March 2024 sehingga 6 April 2024
          
          Maklumat lanjut mengenai cabaran ini:
           https://www.wattpad.com/story/363291429?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=lnkfinity 
          
          Berani sahut cabaran kami? 
          Anda ada seminggu untuk merancang novella terbaru anda!
          
          Tapi... anda tak ada idea? Jangan risau! 
          
          Kami menawarkan dua pakej kelas penulisan dan bimbingan berkumpulan dengan harga serendah RM25! 
          Belajar secara eksklusif teknik mengembangkan plot, 'plot treatment' dan menulis pembukaan yang mantap, bersama penulis 'Sayap Berlian', Nurkariema, pada ketetapan yang berikut:
          
          Tarikh: 25 Februari 2024
          Masa: 9.00 PM - 10:00 PM
          Platform: Live Chat Telegram
          
          Maklumat lanjut mengenai Kelas Bimbingan INC2024:
          https://www.wattpad.com/1424956567?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=lnkfinity 
          
          Jumpa anda 1 March nanti!
          
          “Realisasikan Mimpi, Bebaskan Kreativiti!”

Niemza

[AKAN DATANG! AKTIVITI PENULISAN DI WATTPAD!]
          
          INKFINITY NOVELLA CONTEST
          
          Sertai kami dalam cabaran menulis Novella sepanjang 17, 000 patah perkataan dalam masa 36 hari, 
          sebuah perlumbaan yang menguji daya tahan mental dan disiplin menulis anda! 
          
          Pertandingan ini akan bermula pada:
           
           1 MARCH 2024 - 6 APRIL 2024
          
          Di akhir cabaran ini, anda bakal mempunyai sebuah draf manuskrip novella yang sedia untuk digilap! Kami juga menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka yang berjaya.
          
          Mampukah anda konsisten menulis setiap hari dan menyelesaikan cabaran kami sebelum tarikh tamat?
          
          Dapatkan maklumat lanjut di:
          
          Buku Program Inkfinity Novella Challenge : https://www.wattpad.com/story/363291429?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=lnkfinity
          
          "Realisasikan mimpi, bebaskan kreativiti!"

Niemza

Orang patut dipatahkan tangannya
          supaya tak menulis : Tukang Plagiat
          ─ׅ─ׅ─ׅ─៹۟▩⃟ꦿꦼ  [ 030224 ]   ᰰ᳝᳝▩⃟ꦿꦼ៹─ׅ─ׅ─ׅ─
          
          Ah, githuu~ (⁠´⁠⊙⁠ω⁠⊙⁠`⁠)?!
          Mesti ada yang terkejut baca tajuk. Ganas dan brutal sungguh! I don't advocate violence, but for these shameless people, maybe we should?
          
          Plagiat & Wattpad. 
          
          Aku terfikir isu ni sebab @iamlucyanaf komen di siaran mesej aku yang sebelumnya. Dia masuk Wattpad sebab nak periksa kalau karyanya ada diciplak orang. Kemudian, aku terus cari di Facebook dengan kata kunci 'plagiat Wattpad'. Korang cubalah! 
          
          Ada banyak kes-kes yang berlaku sebelum ni. Ada ISBN dan sudah terbit jadi buku fizikal pun tak menjamin karya penulis-penulis selamat. Aku tak salahkan orang pandang jelik kita, Wattpaders ni sebagai golongan yang... tak berakal. Kerana nila setitik (banyak titik sebenarnya), rosak susu sebelanga.
          
          Aku tak faham... Kenapa nak tiru cerita orang, eh?
          Dulu-dulu makan kismis angka genap ke?
          
          Aku paling tak boleh faham jenis yang salin sebijik-bijik ni. Kalau kau bersungguh menulis cerita sendiri, kan lagi bagus? Kau nak cakap kau tak ada idea? Tropes wujud, writing prompts ada. Bahkan, kalau kau berkawan dengan orang, mesti ada je idea atau kisah hidup diorang yang kau boleh buat modal menulis. Umur bumi dah berbilion tahun, ada je idea yang boleh diolah balik.Tak tahu cara menulis, BELAJAR! Bukan copy tulisan orang!
          
          Jangan panggil diri kita ni penulis, kalau menciplak karya orang lain. Jangan panggil diri kita ni penulis, kalau tak faham apa tu hak cipta. Jangan panggil diri kita ni penulis, kalau tak ada etika sama sekali. 
          
          Sebelum aku tamatkan bebelan aku, nak tanya...
          korang yang show off stories korang publicly kat Wattpad ni...
          
          "Tak takut kena plagiat ke?" (⁠ʘ⁠ᴗ⁠ʘ⁠✿⁠)
          

Niemza

@amyDorry Rasanya orang tahu kalau karyanya diplagiat hanya bila ada pembaca yang jumpa atau bagitau. Mungkin boleh juga cuba copypaste description di Google? Low chance, mana tau boleh jumpa yang sama? 
Balas

amyDorry

Hi..sorry nk tnya. Macam mana nk kesan cerita kita diplagiat di wattpad?
Balas

Niemza

Siapa yang mula-mula 
          kenalkan korang pada Wattpad?
          ─ׅ─ׅ─ׅ─៹۟▩⃟ꦿꦼ  [020224]   ᰰ᳝᳝▩⃟ꦿꦼ៹─ׅ─ׅ─ׅ─
          
          Kalau tengok akaun aku yang sekarang, 
          Aku mula sejak 2016 lagi. Ertinya, masa aku umur 17 tahun, masih sekolah menengah, Form 5.
          
          Jadi, siapa yang kenalkan?
          Hasif Rayyan! (⁠≧⁠▽⁠≦⁠)
          Korang kenal tak? Dia seorang cikgu dan penulis! Karya terbarunya bertajuk 'Terima Kasih, Luka', di bawah terbitan IMAN Publication. Dia ada banyak lagi buku yang lain, tapi aku tak ingat semua. 
          
          Dulu kami kenalan di Facebook. Aku pernah hantar tulisan aku di Facebook. Masa itulah dia komen dan cadangkan aku menulis di Wattpad. Haa... aku buatlah akaun dan terokai apps ni. Masa tu aku budak asrama penuh tau. Jadi, kalau ada 'outing' atau keluar asrama, kerja aku mesti pergi Cyber Cafe, duduk berjam-jam di situ untuk update di Wattpad. Masa tu aku menulis 'Meteoris'. 
          
          Lepas habis SPM, balik kampung, tolong mak bapak berjual. Aku pulun menulis guna phone je, konsisten boleh update selang sehari dua satu chapter. Curi-curi menulis sambil kerja. Setiap chapter purata 1,000 patah perkataan pulak tu! 
          
          Haih, aku rindu produktiviti aku yang dulu... Adakah ini faktor usia? Makin tua makin siput nak menulisnya? ಠ⁠_⁠ʖ⁠ಠ
          
          Apa-apapun, aku berterima kasih pada Hasif Rayyan, walaupun mungkin dia pun dah lupa dia yang kenalkan aku pada Wattpad, hehehehe. 
          
          Korang pulak, macamana? 
          

jnnh_yhya

2015 start masuk wattpad & menulis suka2  
Balas

missmir05

@Niemza tahun lepas start tahu apa itu Wattpad and kawan yang kenalkan dekat saya ni seorang author but saya lupa dah yang mana satu kenalkan dekat saya. Saya mula menulis lepas satu kejadian and kejadian tu saya taknak cakap. Saya rasa best jugak kalau saya buat story cause boleh release tension so yea, saya buat.
Balas

lemonfea

@Niemza Kawan saya yang kenalkan pada saya. Masa pkp kat rumah bosan saya minta kawan saya rekomen kan tempat yang boleh baca buku bm percuma. Saya start baca dan menulis dekat sini 2019 di akaun lama dan 2020 saya buat akaun baru.
Balas

Niemza

Message Broadcast Sebagai 
          'Twitter' Baru Untuk Wattpaders?
          ─ׅ─ׅ─ׅ─៹۟▩⃟ꦿꦼ  [010224]   ᰰ᳝᳝▩⃟ꦿꦼ៹─ׅ─ׅ─ׅ─
          Hai, Niemza di sini! (⁠◕⁠ᴗ⁠◕⁠✿⁠)
          
          Siapa lagi yang macam ni? Aplikasi Wattpad sentiasa ada dalam phone, tapi hanya akan melawat Dunia Oren ni bila nak update atau nak buat apa-apa berkaitan story sendiri saja? 
          
          Akulah tu. Aku tak membaca pun di Wattpad, hatta story kawan-kawan rapat aku. Salah satu sebab, aku masih dalam reading slump dan sibuk kerja. Masa yang aku ada diperuntukkan untuk menulis atau uruskan komuniti penulisan aku, Inkfinity, di Telegram.
          
          Salah satu sebab lain, aku rasa lonely semacam bila berada di Wattpad. Sebab tak ada interaksi dua hala, kecuali berbalas-balas komen. Tapi, bila aku dah rajin follow Wattpaders dari group Whatsapp, aku seronok tengok korang semua rajin post kat Message Broadcast (MB) masing-masing. 
          
          Aku update macam siput, jadi tak adalah benda aku nak promote. Tapi, kalau korang tak kisah, aku nak layan MB ni macam Twitter baru aku, hohoho. Hari-hari aku akan post something, harap-harap bermanfaat. 
          
          Itu je, bye~

Auni_Sy

@Niemza sangat relate ಥ⁠‿⁠ಥ
Balas

Niemza

@Auni_Sy Kan? Padahal dulu sangat enjoy baca buku sampai tak nak berenggang langsung! I've subscribed Cereka Apps pun tak banyak baca jugak, huhuhu. 
Balas

Auni_Sy

@Niemza Samalah, jarang sangat baca Wattpad. Novel dalam rumah pun ada yang dah lama berhabuk. Kalau baca Wattpad pun, adalah sikit-sikit. Huhu.
Balas