"Kalau aku kata aku nak jadi kawan kau terima ke?"
Humairah mengangkat wajah. "Bukan selama ni memang kita dah berkawan? kau nak berkawan macam mana lagi?" Jawab Humairah.
Laith menghela nafas. "Tapi kalau aku kata aku nak lebih daripada kawan?"
Humairah terpaku. Perlahan-lahan dia bangun dari tempat duduk.
"You joking right?"
"I'm not joking right now Maira."
Humairah tidak boleh terima. Apa yang diluahkan oleh Laith itu sangat mustahil. Kerana antara dia dan Laith, ada satu tembok besar yang tak mungkin mereka robohkan. Walau Laith sebaik mana sekalipun, walau hatinya mula bergetar setiap kali nama lelaki itu meniti bibirnya, dia sedar itu semua tidak cukup.
*InshaAllah malam nnti saya update