Info:
Air base untuk skuadron 11 Su30MKM di Gong Kedak, Terengganu. Setiap kali ada operasi, Nuh akan ke sana terlebih dahulu untuk berkumpul dan penerangan misi sebelum berlepas (Sebab itu dia jarang2 ada di sini)
Di Kuantan, Nuh hanya menjalani latihan taktikal, kelas teori, latihan fizikal dll. Nuh juga tinggal di sini (rumah teres tentera) sebab dia selalu ada di Kuantan berbanding di Gong Kedak.
Di Sungai Besi (UPNM), Nuh ditugaskan sebagai jurulatih bagi kadet tentera (Hanya latihan asas untuk kadet dan bukannya khusus kepada satu unit sahaja; darat, udara, laut)
Agak berbelit sikit informasi ini tapi harap anda semua faham. Dan selebihnya yang berlaku adalah berdasarkan imaginasi saya yang tiada kaitan dengan kehidupan sebenar. Jangan pula cari siapa Nuh Adam. Dia tiada di dunia nyata tapi hidup dalam dunia imaginasi kita saja;)