"Jom kita pergi balkoni. I nak berbual dengan you" ajak Khalid dengan nada tegas.
"Tak nak," jawab Marni.
Khalid menjadi berang dan menggenggam lengan Marni dengan kuat. "Ikut I cepat! I nak berbual je!" Wajah Marni berkerut menahan sakit kerana genggaman Khalid sangat kuat. "Lepaskan I lah!" rintih Marni lemah.
Tiba-tiba, Khalid merasakan pergelangan tangannya digenggam. Dahi Khalid serta-merta berkerut kesakitan. Dia merasakan urat nadinya dicengkam kuat, menyebabkan dia lemah serta-merta. Dia menoleh ke kanan dan ternampak Aiman merenung tajam ke arahnya. Tangan yang mencengkam pergelangan tangannya saat itu kepunyaan Aiman. Satu teknik dia belajar semasa bertahun-tahun belajar silat.
"Lepaskan Marni sekarang," kata Aiman dengan tegas dan dingin.
Kerana terlalu sakit, Khalid terpaksa melepaskan genggamannya dari lengan Marni.
Pada masa yang sama, Aiman turut melepaskan genggamannya pada pergelangan tangan Khalid.
Aiman menggosok lembut lengan Marni yang merah itu. "You okay?"
Marni tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menatap wajah Aiman dengan pandangan sayu dan mengangguk lemah. Aiman merangkul bahu Marni dan merapatkan dirinya. Tanpa amaran, Aiman mengucup dahi Marni, tiga saat lamanya. Aiman memainkan peranannya sebagai 'teman lelaki' dengan baik sekali. Namun, Marni kaku, tergamam, dan tersentuh dengan tindakan spontan itu.
"Jom duduk kat situ," kata Aiman lembut sambil menunjuk ke arah satu sudut yang agak terpencil.
Marni hanya menurut tanpa berkata apa-apa. Pandangannya kini tertumpu kepada Aiman, bukan lagi kepada Khalid.
~~~~~~~~~~~~~
- saat cinta berputik antara 2 insan -
https://www.wattpad.com/story/395969028?