Hai semua, terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih sebab masih setia membaca karya ini. Saya ada satu pengumuman penting untuk korang! jalan cerita lama sudah saya buang sepenuhnya. Yup, it’s gone! 
          
          Saya tahu sebelum ini ada part di mana watak masih kecil berumur lapan tahun dah pandai nak confess perasaan. Bila saya fikir balik, ia agak tak logik dan kurang realistik. So, saya ambil keputusan untuk ubah keseluruhan idea daripada mula sampai habis. Jangan risau, watak utama masih sama, tapi versi baru ni akan lebih matang, lebih teratur dan lebih sesuai dengan perkembangan emosi mereka.
          
          Dengan perubahan ini, korang akan nampak perjalanan watak yang lebih kuat, konflik yang lebih hidup, dan hubungan yang lebih believable. Saya mahu pembaca rasa dekat dengan mereka, bukan sekadar baca kisah dongeng cinta kanak-kanak. That’s why I decided to start fresh.
          
          Dan ya, tajuk cerita juga telah ditukar supaya lebih kena dengan konsep baru ini. Saya nak karya ni bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga rasa realistik dan menyentuh hati.
          
          Terima kasih kerana faham dan terus support karya saya. Let’s move forward together with this new journey. Trust me, it’s going to be more exciting and worth the wait!