Assalamualaikum. Hari ini jumaat 18/3/2016 hari yang indah dengan sinar matahari terang.
Ini adalah coretan pertama saya di Wattpad.
Saya diperkenalkan oleh anak saya yang suka menulis, juga secara tak sengaja terjumpa Applikasi ini di Playstore.
Terima kasih anaku. Nak kenal anak saya sila rujuk profile Asyiqin Zaed. Minat beliau dalam penulisan telah mencoretkan BILA CINTA BERSATU, LEMAS DAN KERANA TAKDIR. Saya berbangga dengan tulisan beliau. Mari kita sama-sama doakan kejayaan beliau.
Ok, saya dah baca banyak buku di sini sebabnya minat saya memang suka membaca. Sila rujuk Reading List saya.
Bermula dengan My Hubby My Lecture, Suamiku Seniorku, Maniskah Cinta Indahkan Bahagia, Dairies Mrs Ben, Pilihan Mama, My Dear Pembantu Rumah, Sayang Papa Saya Tak? dan banyak lagi.
PILIHAN MAMA antara cerita yang saya kagum. Jalan cerita, gaya bahasa dan ilmu yang disalurkan. Syabas Author.
SAYANG PAPA SAYA TAK? merupakan Novel pertama yang saya beli selepas saya membaca kisah Raisha di Wattpatt. Cerita yang santai dan ada unsur jenaka membuatkan saya tidak sabar untuk memiliki Novel tersebut. Alhamdullilah dah rezeki saya dan author HANNI RAMSUL.
Akhir sekali saya ingin berkongsi kehebatan Novel MANISKAH CINTA INDAHKAH BAHAGIA. Best sangat sangat.. . Saya terasa begitu dekat dengan penceritaannya seolah-olah saya ada dalam suasana yang digambarkan. Simpati yang mendalam terhadap Nuha, Alex dan Fateh. airmata yang deras mengalir dan perasaan resah
dan kekesalan yang datang. Insaf akan diri sendiri.
Terima kasih Hanni Ramsul, Irahadeera, Natasha Zulkifli, Hajarhanani, Rahmaa dan ramai lagi penulis yang sangat berbakat. Saya doakan kalian terus maju jaya dalam bidang yang anda ceburi. (maaf kerana tak dapat nak tulis nama-nama yang lain.)