ainqalbi

Assalamualaikum dan hai! Ada masa lapang, jemputlah singgah baca cerita saya @ainqalbi TITLE MRS. UNTUK DELAILA. Enjoy reading! 
          
          Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. 
          
          "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Lela
          
          "Apa kau merapu, merepek dan meraban pagi-pagi ini?" -Diff 
          
          Walaupun pada mulanya agak tiba-tiba, akhirnya lelaki itu setuju! Diff serta sifat pelindungnya cukup membuatkan aku rasa dihargai. Namun, segalanya ranap dalam sekelip mata pada hari pernikahan kami. Diff pergi tinggalkan aku. 
          
          Setelah dua tahun peristiwa pahit itu berlalu, takdir Tuhan menemukan aku dengan seorang lelaki dengan cara yang langsung tak masuk akal. Bayangkanlah, masuk-masuk rumah terus kena cop jadi bakal menantu! 
          
          "Hah Muz, inilah bakal menantu yang ayahanda nak." -Tuan Muhammad
          
          Ingatkan pertemuan kami berakhir di situ saja. Rupa-rupanya bersambung lagi! Muz dengan perangai gila dia cukup membuatkan hidup aku bertukar huru-hara hanya dalam sekelip mata. 
          
          "Balik sekali? Hei, awak fikir kita berdua duduk sebumbung ke? Pergi keluarlah!" -Lela
          
          "Soon, sayang... kita duduk sebumbung eh? Bukan setakat sebumbung! Serumah, sebilik, sekatil, sebantal, seselimut... sesemuanyalah!" -Muz
          
          Itu baru sedikit. Banyak lagi benda gila yang dia dah buat. Semakin aku menjauh, semakin Muz datang mendekat. Tapi kalau dah namanya jodoh, pisahlah macam mana pun tetap bersatu atas pelamin.
          
          "Aii... termenungkan apa itu cik abang?" 
          
          "Eh, mana ada termenung. Cuma tak sangka kita dah kahwin!" 
          
          Baru saja bertatih menuju bahagia, ujian derita datang menjengah. Bezanya kali ini bukan disebabkan orang ketiga. Semuanya berpunca daripada sebuah rahsia. Bagaimana pengakhiran kisah cinta seorang Delaila?
          
          Semoga dapat cerita santai ni dapat menceriakan hari-hari awak ❤️