Assalamualaikum dan hai,
kalau korang boleh tengok, saya ada tulis nama langlang babes dekat bahagian nama akaun. itu sebenarnya dedikasi untuk kucing saya, Belang yang manja.
Lebih kurang pukul 1.30 petang semalam, Langlang sudah meninggalkan dunia, keluarga dan saya yang sangat mengasihinya. Melihat dia bertarung nyawa di depan mata saya sangat membuat saya bersalah kerana tidak dapat merawat dan tidak sempatkan waktu untuk rawat Belang. Padahal dialah kucing penghibur hati saya yang lara.
Saya menyesal sangat, rumah ini terasa lain tanpa melihat dia berlegar dan merengek dimana mana :(
Tambahan, penjaga saya juga telah meninggal dunia malam semalam. Sangat meruntun hati saya yang rapuh. Semoga Allah merahmati setiap nyawa yang saya kasihi itu. Dan Allah, rawatlah hatiku ini untuk terus kuat dan reda dengan takdirmu.
yang sedang merintih sedih,
Aryne