QuenDarkness

Ada yang rindu secret mama tak? :>

dearfeyra

QuenDarkness

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dear my readers,
          
          First of all aku minta maaf sangat2 sebab asyik menyepi je tiba2. Asyik menghilang. Sorry sangat2. Jadi harini aku nak clarify something. 
          
          "Tak nak edit semula ke The hacker wife?"
          
          Jawapan dia, tidak.
          
          THW mempunyai sebanyak 88 bab. Dan 1 bab mengandungi 1.2k patah perkataan hingga 4k patah perkataan. Dan cerita tu merupakan karya pertama saya.
          
          Segala teguran tentang kesalahan cerita tu, saya terima. Sebab saya tahu, cerita tu memang banyak kesalahan. Tapi untuk edit jadi lebih baik, maaf, saya tak mampu. Kalau nak edit balik, mungkin memakan masa lebih dari 2 tahun since aku pun busy 2 ke 3 tahun ni. Jadi, nak baca, baca. Tak nak, tinggalkan.
          
          Cerita tu pun memang sepatutnya TIDAK DIPUBLISH semula ke public. Tapi atas permintaan ramai, saya publish juga. Jadi, tolonglah hargai. Jangan paksa saya edit semula sebab saya memang takkan mampu nak edit 88 bab tu. Kalau sakit mata baca, last choice, saya delete je cerita tu. Habis cerita. 
          
          Dan satu lagi... saya dah tulis dekat deskription saya bahawa NO UPDATE FOR THIS YEAR. That's mean, tiada apa2 cerita yang akan diupdate tahun ni. Semuanya berstatuskan HIATUS. 
          
          Jadi, jangan dm dan paksa saya update Secret Mama, The Hacker Wife 2, dan lain2. Tahun ni, saya on focus dekat buku yang bakal keluar dekat PBAKL dan SIBF nanti. Jadi tak akan ada masa untuk saya update mana2 cerita. Dengan belajar lagi, kerja.
          
          Harap semua dapat memahami, terima kasih dan maaf andai terkasar bahasa.