#suami500k
"Baby, makngah tak kira dah kali ni. Apa pun alasan baby, yang makngah tau mesti jadi. Makngah jumpa dah orangnya. Sesuai sangat dah yang ni dengan kamu."
Suara makngah tenggelam timbul menampar telinga aku. Tak tahu langsung makngah cakap pasal topik apa.
"Baby!" Memetir suara makngah.
Terpelanting handphone aku. Terkejut. Tak cukup dengan itu. Buk! Makngah tampar sedas tengah belakang aku. Pedih siot. Adoi.
Tayang muka cemberut, aku bangun. Tarik tangan makngah, aku salam. Lepas tu cium pipi pau dia kedua belah.
"Eeii, busuk!" Makngah tolak aku. Siap buat muka.
Berdekah-dekah aku gelak tengok muka makngah macam tu.
"Memang la busuk. Orang baru celik mata. Mandi pun belum." Huaaa. Aku nganga luas-luas depan muka dia. Mengusik.
“Ada jugak kena sekeh karang ni.” Balas makngah kasar. Geram la tu.
Aku sengeh siap jongket kening. Sambil tu, handphone yang tercampak tadi aku capai semula. Mujur tak tercampak ke lantai. Pandangan sambung memberi perhatian kepada skrin.
"Bekas air liur basi pun dok ada lagi." Sambung makngah tak puas hati.
Aku buat derk je. Bukan tak biasa tadah telinga dengar makngah membebel pasal aku. Boring dia membebel karang, dia tutup mulut la tu.
"Anak dara apa macam ni, baby. Matahari tegak atas kepala, kamu atas katil lagi. Dengan muka comotnya, dengan bau busuk air liur basi. Serabai. Adui..."
“Eleh, tu pun sepuluh calon nak try orang tau.” Aku menjawab laju sambil gelak dekat makngah. Makngah menjeling semacam je dengar aku balas macam tu.
"Rileks la makngah. Bukan Bie sorang anak dara macam ni. Apa ada hal.”
Untuk pem.be.lian Kombo Hero, sila klik link wasap❤
http://www.wasap.my/60134440767/kombohero
200 pembeli terawal Kombo Hero akan dapat gift dari penulis.