Rayysahtl

Wahai diri,
          	Jauhnya kau pergi,
          	Jangan pernah lupa kembali,
          	Takut kau sesali,
          	Mengejar sesuatu yang tak pasti.

Rayysahtl

Padahal kau belum ke puncak,
          Titik akhirpun belum kau jejak,
          Namun nekadmu sudah berganjak,
          Dari tunjang yang telah kau pasak.
          
          Kau kata kau mahu mengejar cinta Tuhan. Namun belum sempat kau gapai, kendalimu sudah ditelan dunia. Cuma sedikit yang kau lihat dan rasa. Kau sudah lupa ganjaran yang berlipat ganda. Apa kau lebih memilih bahagia yang sementara berbanding yang abadi?
          
          Codelife: 190723_1535