Hai anak anak semua....
2019 menyaksikan pelancaran sebenar (terbengkalai kerana editannya tidak siap tepat waktu) novel Manusia yang digabung bersama penulis Fahmi Mustaffa. Bahagia sekali dapat meluahkan segala keluh kesah tentang perempuan, yakin diri, baik pulih Body Dsymorphic Disorder dan perasaan manusiawi di situ. Novel Australia yang diharapkan untuk GTLF2019 nampaknya tidak terlaksana (Saat ini saya lebih damai kerana percaya pada ketentuan Pencipta - khun Faya khun). Tuhan rupanya menyelitkan berita baik di bulan Disember 2019 bila CURHAT - akan aku ceritakan semuanya terbitan Pojok Karangkraf siap dicetak dan akan diedarkan tidak lama lagi. Alhamdulillah.
2019 adalah tahun yang berani dan yakin secara peribadi.