Spoiler Next Chap‼️
Sudah seminggu Bunga kembali menjejakkan kaki ke "Cawan & Rindu". Setiap pagi, dia akan ke situ untuk mencari idea untuk menyiapkan novelnya. Duduk di meja yang sama, memesan kopi yang sama iaitu kopi susu kurang manis dan sepotong kek pelangi. Tapi bukan untuk mengenang, tetapi hanya sekadar mencari ruang tenang sebelum hari bermula.