Assalamualaikum. Hai semua. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini. Insya Allah dalam masa terdekat saya akan buka pra tempah untuk novel Lais Haidar. Tak sabar rasanya sebab ini kali pertama saya akan terbitkan novel saya sendiri. Hehe....
Jadi dekat sini saya akan sertakan tarikh sepanjang pra tempah, harga dan blurb novel Lais Haidar.
Tarikh Pra Tempah 24 June 2022 hingga 8 Julai 2022
Harga Pra Tempah Rm40 (Sem), RM42 (SS)
Harga Pra Tempah termasuk sekali dengan postage.
Pembayaran boleh dilakukan melalui online banking dan shoppe.
Blurb Lais Haidar
Bloom Edition
Siapa sangka kerana sebiji pasu itu hidup Iris Nadia mula berubah 360 darjah. Dia bertemu dengan seorang lelaki pembuat seramik yang hot dan lagi kacak bergaya, Lais Haidar.
Pertemuan tidak disangka dengan lelaki itu membawa Iris kepada satu tawaran yang cukup gila. Lagi tidak masuk akal! Lais meminta dia menyamar sebagai teman wanita lelaki itu jika dia ingin memiliki Bloom Edition.
Satu tawaran yang dia tidak pernah terfikir!
Tapi menyamar sebagai teman wanita Lais? Iris tidak ingin sama sekali! Walaupun kata Khadeja lelaki itu hot dan menarik. Namun desakan dari Puan Erni menyebabkan Iris terpaksa menerima syarat gila lelaki itu agar dia dapat memiliki Bloom Edition.
Menyamar sebagai teman wanita Lais, Iris ingat itu satu kerja yang mudah dan senang. Namun dia salah sama sekali! Kehadiran Karina sebagai sepupu Lais buatkan hidup dia makin berubah 360 darjah. Dari kehidupannya yang tenang kepada kehidupan penuh cabaran dan dugaan angkara satu dendam kesumat.
"Put your trust in. Believe me no matter what nonsense Karina tells dan does..."
Itu kata Lais pada dia. Tapi Iris... Adakah dia mampu mengikut apa yang lelaki itu minta? Atau melakukan hal yang sebaliknya?