Rosamikel
jemput baca .. bab1 ke bab 10 dahulu https://www.wattpad.com/story/159021171
@Rosamikel
2
Works
16
Reading Lists
186
Followers
jemput baca .. bab1 ke bab 10 dahulu https://www.wattpad.com/story/159021171
jemput baca .. bab1 ke bab 10 dahulu https://www.wattpad.com/story/159021171
teaser NYAH RUBIAH Baik aku tanya orang tu arah mana nak ikut ke rumah Ziana..” ujar Roslee sambil menyeka peluh dengan belakang telapak tangan sebelum dia mulai bergerak. Figura yang sedang mengait buah sawit masih lagi tidak perasan akan kehadiran Roslee. “Assalamualaikum… Saudara boleh saya tumpang tanya tak?” Figura itu masih lagi ralit dengan tugasnya. Di tepi tubuh itu, kelihatan beberapa biji buah sawit ada juga yang masih dalam tandannya. “Assalamualaikum, encik boleh saya bertanya tak? Jalan mana harus saya ikut untuk ke rumah Anjang Aki?” “Encik..” soalnya lagi. Kesabaran mula tercabar. ‘Hai pekak ke pun .’ desis hatikecil Roslee adakalanya meliar sekeliling. Tiada sesiapa lagi yang ada dalam kawasan tersebut. “Encik…” Suara mulai meninggi. Roslee telah hilang sabarnya. Kerja mengait figura tersebut terhenti lalu perlahan-lahan dia memalingkan wajah tanpa mata, isi dan kulit bergayutan pada wajah tengkoraknya, bibir berulatnya tersenyum menyeringai pada Roslee. Bau busuk mulai menusuk hidung Roslee yang ke belakang sedikit. “Allahuakbar!” laungnya lalu rebah ke tanah.
teaser NYAH RUBIAH ZIANA yang nampak perbalahan tersebut terus mendekati setelah Nyah Rubiah berbasikal makin menjauh. Timbul rasa kasihan dihati melihat lelaki tua yang berbadan kerempeng itu ditolak sehingga jatuh dari pangkin. “Tok tak apa-apa? Kakak nampak tok.. Kenapa opah layan atok begini?” soal Ziana membantu lelaki tua yang makin bongkok itu duduk atas pangkin semula. Jala yang terkoyak kembali juga diangkat. “Terima kasih cu..” jawab Anjang lalu mendesah kesakitan. “Ya Allah luka ni tok!” teriak Ziana laju mencapai pergelangan tangan Anjang. “Takde apa-apa cu.. Atok dah biasa” “Mana boleh.. Kejap kakak naik atas!” tukas Ziana berasa geram dengan tingkah Nyah Rubiah. Wanita itu makin tua makin teruk sikapnya. Sementara menanti Ziana datang membawa peti kecemasan, Anjang tetap menyambung kembali tugasnya walaupun terpaksa menahan sakit dan lelehan darah. Dia perlu menjala petang nanti. Sementara itu, Roslee menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket memandangkan tiada talian. Dia kini berada di tengah-tengah kawasan pokok kelapa sawit. “Mengikut kata Zie, ni memang jalan yang betul. Cuma aku perlu menapak lagi sehingga nampak bumbung rumah,” omel Roslee membaca semula mesej Whatsapps dari Ziana. Hatinya berat juga mahu meninggalkan keretanya jauh namun, demi Ziana dia sanggup. “Aku akan kena gerak sekarang,” ujarnya lagi lalu menutup kembali botol minumannya setelah beberapa meneguknya. Mata meliar ke sana-sini apatah lagi sesekali terdengar ngauman kecil pak belang. Berhenti seketika apabila mata tertunak pada gerakan semak di hadapannya itu. Dahi kian menampakkan bintil peluh. Cuak mula terasa. Apakah yang ada disebalik semak itu?
teaser NYAH RUBIAH SAMBIL mengigit bibir, Ziana cuba menutup pintu kamar dengan seperlahan mungkin. Setelah pintu dia tarik selak, Ziana tersandar sambil memegang dadanya yang masih lagi bergendang hebat. “Apa opah sedang buat tadi ya? Kenapa dia baca mantera sebegitu?” soal Ziana terus melangkah ke arah katil. Lap top yang terbuka kaku atas katil seolah memanggilnya. “Herm, air entah ke mana.. Dahaga berganda yang aku dapat..” omelnya seraya menarik tetikus lalu membawa kursor ke arah yang diingini lantas klik pada kotak email. Ada mesej terbaru. “Awak serious ke nak datang sini?” soal Ziana pada lap top. Laju sahaja jemarinya menekan abjad pada papan kekunci. Dalam satu hari ini sahaja, Ziana menghadapi beberapa kejutan. Dan sekarang, kejutan dari Lee pula. Kawan merangkap kekasihnya itu mahu datang ke kampung untuk menyiapkan tesis. Ziana bukannya apa, tapi dia kenal sangat dengan ulah penduduk kampung. Khuatir juga diri mereka nanti menjadi bahan tular para pakcik dan makcik Onion. Menguap makin berkali. Baru kini mata Ziana terasa mengantuk. Jam pada hujung penjuru dilihat. Hampir nak ke subuh rupa-rupanya. Asyik berbual di ruangan Face Time, sehingga tak sedar waktu kini telah ke pagi. Rasa dahaga juga telah hilang diganti dengan rasa rindu. Manakala, Roslee di kamar kampusnya masih lagi tertanya-tanya apakah benda tersebut. Benda yang dimaksudkan adalah, satu kelibat berbentuk sekujur tubuh yang sedang membelakangi skrin laptop kekasihnya itu.
teaser NYAH RUBIAH Di celah takah itu pula, ada satu tangan menggerutu dan berkudis sedang menanti untuk memegang kaki gadis itu. “Datang malam cahaya rembulan, datang sinar seri gemerlapan, datang pendamping peneman tiruan, datang penyeri wajah rupawan. Ke marilah menjadi temanku Ke marilah menjadi pelindungku. Aku ikat sumpah keturunanmu Aku ikat janji keturunanku Bersatu dalam seru.” Dari mahu menyiasat bunyi benda jatuh, Ziana yang kini telah pun berada di bahagian atas semakin mendekati kamar Nyah Rubiah. Gadis berkulit tampuk manggis itu yakin mantera tersebut datangnya dari kamar berkenaan. Mata yang tertutup rapat kini terbuka. Bisikan tersebut membuatkan wanita jelita itu kembali ke wajah asalnya. Menjadi kepantangan apabila masa-masanya itu diganggu. Bingkas bangkit dan menapak ke arah pintu.
herm.. kalau setakat baca n then nk kecam .. better tak payahla.. kritikan membina okla jugak..
teaser NYAH RUBIAH ANJANG sedang menyiapkan makan malamnya sendiri apabila isterinya, Nyah Rubiah yang telah keluar dari senja tadi sehingga kini masih lagi belum pulang. “Allahuakbar!” ucap Anjang apabila piring yang berisi ikan goreng yang masih lagi panas, telah terlepas dari pegangan tangannya. Sungguh dia tidak sengaja. “Abang!” herdik Nyah Rubiah yang muncul secara tiba-tiba di muka pintu dapur yang sememangnya luas terbuka. Anjang makin pegun melihat wajah isterinya itu. Nyah Rubiah terus membaling baldi ke arah Anjang. Nasib Anjang cepat mengelak. Kalau tidak sudah tentu benjol lagi dahinya. “Dah la bebal! Nak pegang piring satu pun dah tak larat ke?” Nyah Rubiah terus meluru dan menunjal dahi Anjang. Hampir mahu terhentak belakang kepala Anjang apabila ditunjal sebegitu rupa. “Apa tunggu lagi kutiplah! Menyusahkan aku sahaja!” ujar Nyah Rubiah sebelum menapak ke arah tangga untuk naik ke atas. Tubuhnya yang berkemban tadi kini telah berbaju. Anjang terus melutut. Tanpa lelaki itu sedari, airmatanya berlinangan mengalir ke pipi. Isi ikan yang telah bercampur dengan serpihan kaca dia angkat dengan berhati-hati. “Aduh!” Anjang melihat dahulu jarinya yang tercucuk serpihan kaca besar sebelum dia menarik kain buruk dari palang para. Lelaki malang itu tak menyedari ada seekor makhluk hitam sedang menadah mulutnya bawah jarinya yang terluka. Manakala di dalam bilik pula, setelah bersiap- siap. Nyah Rubiah menyisir rambutnya sambil bergumam sesuatu. Disisirnya dengan lembut sambil tersenyum menyeringai. Kejap lagi, dia mahu ke Teluk Intansari. “Prabu sakti sang hanuman, berikan padaku kuasa kejelitaan.. Berikan pada aku kejelitaan para dewata..” Mantera dilafazkan dengan penuh tumpuan. Dihembuskan pada kedua belah telapak tangan, sebelum disapu ke muka dari dagu membawa ke atas.
teaser NYAH RUBIAH MENTARI pagi kian memancar. Nyah Rubiah masih lagi berkolek disepanjang Sungai Perak. Adakalanya perahu koleknya sekejap ke tengah, sekejap ke tepi jika tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa mendayung. “Allah! Ish apa pula ni?” omel Nyah Rubiah sedikit terlajak ke depan apabila perahu koleknya dirempuh sesuatu. Mata terus meliar sekelilingnya. Jenuh merenung ke dalam air yang berwarna kecoklatan itu. Sekali lagi perahu dirempuh sesuatu dari bawah. Nyah Rubiah yang berpeluh diasak api amarah. Ada saja gangguan ketika dia mahu cepat sampai ke daratan. Nyah Rubiah menarik selendang renda yang hanya menutup rambut belakang sahaja, lalu selendang diregangkan menggunakan kedua belah tangan sambil mulutnya melafazkan sesuatu. “Aku tahu asal-usul kau.. Pulanglah ke asalmu… Aku tahu kau cuba ujiku tapi aku tak segentar yang kau sangkakan.. Pulanglah.. Pulanglah..Yarghh!” jerkahnya sambil melibas permukaan sungai sehingga dirinya basah akibat percikkan tersebut. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu yang muncul dari arah kanannya. Dua biji mata merah tersembul tersebut memandang Nyah Rubiah dengan tajam. “Aku tahu siapa kau.. Kenapa kau ganggu aku? Aku tak ganggu kau.. Aku hanya mahu lalu..” bicara Nyah Rubiah pada makhluk itu lagi. Setelah mendengar omelan wanita jelita bersanggul lintang dan berkebaya merah ketat itu, kedua biji mata tersembol itu perlahan-lahan tenggelam semula. Nyah Rubiah yang mengenakan kembali selendang basahnya itu ke kepala terus tersenyum apabila mendengar bunyi libasan ekor. Buaya putih bermata merah itu kini meninggalkan Nyah Rubiah.
teaser NYAH RUBIAH. ANJANG sedang menyiapkan makan malamnya sendiri apabila isterinya, Nyah Rubiah yang telah keluar dari senja tadi sehingga kini masih lagi belum pulang. “Allahuakbar!” ucap Anjang apabila piring yang berisi ikan goreng yang masih lagi panas, telah terlepas dari pegangan tangannya. Sungguh dia tidak sengaja. “Abang!” herdik Nyah Rubiah yang muncul secara tiba-tiba di muka pintu dapur yang sememangnya luas terbuka. Anjang makin pegun melihat wajah isterinya itu. Nyah Rubiah terus membaling baldi ke arah Anjang. Nasib Anjang cepat mengelak. Kalau tidak sudah tentu benjol lagi dahinya. “Dah la bebal! Nak pegang piring satu pun dah tak larat ke?” Nyah Rubiah terus meluru dan menunjal dahi Anjang. Hampir mahu terhentak belakang kepala Anjang apabila ditunjal sebegitu rupa. “Apa tunggu lagi kutiplah! Menyusahkan aku sahaja!” ujar Nyah Rubiah sebelum menapak ke arah tangga untuk naik ke atas. Tubuhnya yang berkemban tadi kini telah berbaju. Anjang terus melutut. Tanpa lelaki itu sedari, airmatanya berlinangan mengalir ke pipi. Isi ikan yang telah bercampur dengan serpihan kaca dia angkat dengan berhati-hati. “Aduh!” Anjang melihat dahulu jarinya yang tercucuk serpihan kaca besar sebelum dia menarik kain buruk dari palang para. Lelaki malang itu tak menyedari ada seekor makhluk hitam sedang menadah mulutnya bawah jarinya yang terluka. Manakala di dalam bilik pula, setelah bersiap- siap. Nyah Rubiah menyisir rambutnya sambil bergumam sesuatu. Disisirnya dengan lembut sambil tersenyum menyeringai. Kejap lagi, dia mahu ke Teluk Intansari. “Prabu sakti sang hanuman, berikan padaku kuasa kejelitaan.. Berikan pada aku kejelitaan para dewata..” Mantera dilafazkan dengan penuh tumpuan. Dihembuskan pada kedua belah telapak tangan, sebelum disapu ke muka dari dagu membawa ke atas. ***
NYAH RUBIAH Lembaga hitam itu kini sedang mengelilingi Nyah Rubiah. Dan munculnya beberapa jelmaan makhluk berwajah yang menakutkan mengerumuni baldi tersebut, lalu titisan air ludahan mereka membasahi atas bunga-bungaan tersebut. Cucuk sanggul dia tarik dari dalam sanggulnya. Rambut berjelanya terus mengerbang dan berterbangan. “Argh!” desisnya tatkala hujung tajam pada cucuk sanggul tersebut tertikam di tangannya. Dengan pantas dia menghirup darah yang menitis dan menyapu wajah. Kain kemban tersadai kaku atas batu. Nyah Rubiah yang telah dirasuk terus menapak ke dalam sungai, setelah menyiram tubuhnya dengan bungaan tersebut. Kepala yang kelihatan kini, dia tenggelamkan jua. Setelah sejam berlalu, Nyah Rubiah naik semula ke daratan. Semakin jelita wajahnya. Nyah Rubiah harus pulang ke rumah sebelum azan subuh. Kerana pagi nanti, dia harus berkolek ke Kuala untuk menghantar tempahan tikar mengkuang. Kerana suaminya yang bebal itu, memang langsung tidak boleh di harap. Setelah kain kemban diikat dengan kuat pada dada. Nyah Rubiah mengangkat baldi, segala bunga- bungaan disepak supaya kesemua memasuki ke dalam dan ada juga yang terapung atas permukaan sungai. Sehingga kini, wanita jelita tinggi lampai itu, tidak menyedari ada mata seseorang sedang memerhatinya. Nafas si pemerhati pula, masih lagi laju dan peluh pula membasahi pakaiannya. “Kalaulah aku dapat..” ujarnya perlahan sambil menyeka peluh didahi. Pun begitu, hakikat yang sebenar Nyah Rubiah tahu ada orang sedang menghendapnya mandi. “Sekadar amaran untuknya..” arahnya pada ‘sesuatu’ yang matanya sahaja nampak. Nyah Rubiah menyambung kembali langkah sambil tersenyum penuh makna tatkala telinganya mendengar bunyi jeritan
Both you and this user will be prevented from:
Note:
You will still be able to view each other's stories.
Select Reason:
Duration: 2 days
Reason: