samperitmilo

Hai! Tumpang promote hihi
          
          Tajuk: LUTH MAHFUZ
          Genre : Romance ft. Islamik
          Link : https://my.w.tt/qRhfxd8xcab
          
          LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. 
          
          MAHFUZ. Ringkasnya seorang anak ustaz. Pelajar Usuluddin yang baru pulang dari Mesir. Sempurna, hanya dia terlalu naif untuk mendapatkan hati seorang perempuan. 
          
          Biarkan jasad tertukar. Biar mereka belajar erti bersyukur walau di mana pun asal kejadian. 
          
          "Buta? Abang bukan anak ustaz. Orang lain yang ustaz, lahir-lahir dah dengar ayat Al-Quran. Lahir-lahir dah diajar macam-macam. Abang? Terbiar macam ni, macam sampah dari kecil. Abang takkan pernah percaya yang hidup ni adil." - Luth
          
          "Dia tak sama taraf dengan Mahfuz. Saya anak ustaz, arif dalam usuluddin dan terdidik. Dia pula cuma seorang gadis yang kerja di stesen pam minyak dan baru nak berjinak-jinak di madrasah ni." - Mahfuz
          
          "Kenapa abang nak sibuk sangat dengan urusan Mawar? Abang bukan siapa-siapa tau pada Mawar. Kita cuma kenalan di rumah anak yatim. Tu je!" - Mawar
          
          "Ya. Saya nak kahwin dengan awak." -Balqis
          
          Luth adalah Mahfuz. 
          dan Mahfuz adalah Luth. 
          
          Pinjamkan seketika kehidupan yang berbeza. Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz.
          
          ***