TEASER CINTAKU TAK BUTA
“Tak apalah... dah orang tak suka, kita nak buat macam mana. Am ada mak, ada abah.”
Aku memandang emak dengan senyuman. Tangannya kupegang.
“Terima kasih mak.”
“Habis sekarang Am duduk kat mana?” Abah menyoal lagi.
“Sewa pangsapuri je mak.”
Pangsapuri tu dekat belakang tempat kerja aku aje. Masa aku pusing-pusing seminggu sebelum aku dan Adam naik mahkamah, aku terjumpa signboard apartment untuk disewa. Tanpa berlengah aku terus hubungi tuannya. Lepas tengok pangsapuri tu bersama Shalina aku terus membayar deposit dan sewa bulanannya.
Aku dah mula tinggal di pangsapuri tu sehari selepas Adam jatuhkan talak ke atasku. Tidak tahu di mana timbul kekuatanku selepas dia mengucap talak. Aku faham ketika itu dia sudah tidak mahukan diriku lagi. Aku hanya memandangnya tanpa air mata.