ShaDhia

https://www.wattpad.com/story/234918791
          	
          	NEW UPDATE
          	BAB 5
          	DARLINGKU MR AARIZ NADWA
          	
          	"Bos... Tu kucing saya la! Saya jumpa dulu! Bos nak bawak anak kucing tu ke mana?" tanya Annur bertubi-tubi. Nada suaranya sedikit tinggi. Tetapi Annur tidak kisah degan semua itu. Lagi darahnya menyirap apabila Aariz seakan-akan memekakkan telinganya sahaja dan masuk ke dalam keretanya. Main rampas sahaja! Baru sahaja dia mahu membela anak kucing comel itu.
          	
          	Sempat lagi Aariz menurunkan tingkap keretanya. Annur dapat lihat anak kucing tersebut duduk diam di atas kerusi penumpang. 
          	
          	"See you tonight," ujar Aariz sambil tersenyum sinis membuatkan Annur terkesima. Seusai itu, Aariz teus menaikkkan kaca tingkap kereta semula. Lalu kereta mewah tersebut keluar dari kawasan parkir itu. 

asterhyzells_

Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali membuatkan Fajar seringkali mahu berputus asa.
          
          "Fajar tak bodoh! Fajar cuma malas. Kenapa Fajar suka sakitkan hati mak macam ni? Apa yang Fajar tak puas hati dengan mak sampaikan Fajar pura-pura jadi tak pandai macam ni? Tak boleh ke Fajar jadi macam Fahim? Fahim bijak. Selalu banggakan mak. Fajar pula... selalu sakitkan kepala mak." - Puan Rosna
          
          Disleksia, tetapi tidak diakui. Mengapa dia disleksia sedangkan kembarnya bijak pandai sehingga menjadi murid contoh? Fajar sendiri tidak mengerti.
          
          Tangan selalu menadah, memanjatkan doa agar ibu kandung berlembut hati menerima keadaannya walau hati tidak henti menambah luka tidak berdarah.
          
          Kehadiran Nora Arisha menghadirkan rasa teragak-agak. Fajar terjatuh suka akan gadis itu, namun takut dengan diri sendiri. Disebabkan perkara yang dia lalui, dia hilang keyakinan diri dengan penerimaan orang lain terhadapnya.
          Akankah mereka menerima dirinya seadanya?
          
          *** Hai. Maaf mengganggu. Izinkan saya promote cerita saya di mb awak. Kalau tak boleh, awak boleh padam terus. Terima kasih.
          
          https://www.wattpad.com/story/373124936
          

dearfeyra