Hye...ampa..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Actually saya nak kongsi satu cerita yang jadi tadi. Biasalah di hari raya kita pakat ziarah adik beradik. And nak dijadikan cerita ringkas. Saya pergi ziarah rumah toktih saya. And ada budak bernama Adam yang berumur 14 tahun. Ini cerita sebenar dan bukan rekaan semata. Adam ni OKU. Lahir ii ayah dia terus buang dia dan cakapb " dalam keturunan dia takdak orang yang cacat". Saya terkedu sbb saya tulis cerita pasal aryan yang oku turut dibuang oleh tengku rayyan. Adam ni pangkat dia adalah pak uda saya. Ayah dia sekampung dgn dia dan tidak pernah sekali tgk dia. Ayah dia cakap dekat ibu dia " pilih dia atau adam." Alhamdullilah ibu dia pilih adam dan diorang bercerai. lepas beberapa tahun ayah adam kawin dengan orang lain. isteri baharu ayah si adam selalu melawat ada dan ayah dia hulurkan duit tapi tidak pernah sekali berjumpa adam walaupun 1 kampung. Ada selalu menunggu walaupun dia tahu dirinya dibenci. Dia panggil toktih saya mak dan dan bapak sedara dia abah. Nasib ada orang sekeliling yang masih sayangkan dia. Waktu ibu saya dan tok dia pergi mekkah. Dia videocall tok dia kerana ingin menanyakan kabar, dan dia berkata begini kepada tok dia " Tok doa depan kaabah, balik ni tok balik , tok boleh tengok adam berjalan" Allahu tersentuh hati saya. Saya ingat hanya ada didalam novel atau wattpad je tapi ini depan mata dan kisah sebenar. Adam cacat fizikal, tubuhnya kecil dan kakinya terlihat kurus macam tu.Arini tok dia ajak keluar beraya tapi dia taknak sebab dia nak tunggu ibu saya datang. Dari tok dia balik umrah dia selalu tanya " bila kawan mak nak datang". pastu harini dia sanggup taknak keluar beraya sbb tunggu ibu saya dtg. " nanti depa datang, kita takdak dekat rumah macam mnaa? taknak la keluar". Adam budak yang bijak.
Kisah ini iktibar untuk semua. Sekiranya anda terpilih mendapat anak begini. Ingat! Ini anugerah bukan satu bebanan untuk anda. Sekian dri saya