Tatkala mereka katakan ini hujung zaman,
Aku mula memberontak bangun melawan,
Lantas Dia mengilhamkan tangan,
Jari-jemari menunjukkan dadaku terus ke dalam.
Ya, mereka benar,
Ini zaman penuh onar,
Gah berdiri si pakar,
Pakar penipu pembuat onar,
Aku lihat semuanya bukan kerana aku pintar,
Mungkin cahaya masih bersinar.
Sekadar untuk aku lihat,
Tiada jalan keluar,
Kegelapannya pekat,
Nak bergerak sukar,
Tolong aku,
Aku buntu,
Terjerumus dalam kaki,
Angkat tidak dapat lagikan lari,
Aku tersekat dalam dosa,
Adakah matiku sia-sia saja.
Aku pandang aku hanya aku,
Ya benarlah kita di akhir dunia,
Aku mampu ya mampu kaku,
Adakah hidupku sia-sia saja.