Baru selesai muatnaik semua bab Virus L-2. Akhirnya tamat juga. Padahal sebenarnya semua bab dah siap 10 tahun lalu. Tapi tak termuat naik pun. Mujur ada pembaca yang dok ketuk suruh upload.
Ya, 10 tahun dah cerita tu. Lebih sebenarnya. Sebab lambat upload kerana karya itu perlu diedit semula. Bila baca balik, banyak kesalahan tanda baca, perkataan berulang, wabak -nya yang bermaharajalela dan macam-macam lagi.
Dan saya baru perasan, selepas Virus L-2, saya tak ada novel yang siap! Kebanyakkannya separuh jalan. Tambahan pula di usia sekarang, saya lebih gemar bacaan serta tulisan pendek-pendek seperti anekdot.
Mana pergi semangat saya oi?