Assalamualaikum kepada yang membaca mesej ini.
Terutama sekali saya ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak aktif di dunia oren ini. Saya uninstall aplikasi ni atas sebab-sebab tertentu. Kepada pembaca cerita Seindah Takdir Cinta, terima kasih kerana sudi menyinggah. Tapi, maaf sekali lagi kerana saya takkan update lagi cerita tersebut. Minta maaf sangat-sangat kerana buat awak semua menunggu lama. Saya agak sibuk, jadi dah tak terpandang dunia oren ini. Tolong faham ya :)))
Oh, lupa nak bagitahu. Ini adalah akaun baru saya. Antara salah satu sebab saya dah lama tak aktif di sini, haa inilah puncanya. Email saya bermasalah dan saya pun taktahu lah macam mana saya boleh terdelete email akaun (Sya_Qierah) ini. Jadi, begitulah ceritanya.
Saya tak janji sama ada akan kembali menulis di akaun yanh baru ini tapi kalau saya rajin, saya akan keluarkan satu cerita baru ❤ saya hanya tukar storyline saja. nama watak masih dikekalkan (hanya sekadar perancangan). Kalau ada yang sudi nak baca, mungkin saya akan kembali menulis. Cuma sekarang saya masih dalam fasa hiatus.
To all my followers, dah boleh rasanya unfollow akaun ini. Kalau nak follow akaun baru saya, dipersilakan. Saya amat mengalu-alukan kedatangan anda ehehe.
Sekian, itu saja dari saya.
Setulus ikhlas,
SyaQierah ❤