Syaf_Asriqa

Syaf_Asriqa

EPISOD 47 UPDATED
          
          "Kalau papa benci sangat dengan Orkid, tak payahlah sampai libatkan nyawa isteri Fathan!"
          
          "Nyawa? Apa yang kamu maksudkan?" 
          
          Seketika, pandangan Doktor Arkan kembali bertaut dengan Fathan. Dia benar-benar kaget apabila Fathan mula mempersoalkan tentang nyawa Orkid.
          
          "Kes Orkid kena tikam, papa kan yang upah orang..."
          
          "Fathan tuduh papa yang rancang pembunuhan Orkid?"
          
          Nada suara Doktor Arkan naik seoktaf. Kayu golf digenggam erat. Dadanya benar-benar terasa sempit tatkala tekanan mula mencengkam jiwanya.
          
          Fathan mendengus. Kesabarannya mula sirna apabila Doktor Arkan seolah-olah ingin menidakkan kesalahannya sendiri.
          
          "Rumah Fathan cuma boleh masuk dengan kad akses. Papa seorang je yang ada kad akses tu. Lagipun, papa terdesak sangat kan nak pisahkan Fathan dengan Orkid supaya Fathan fokus sepenuhnya dengan Risa. Jadi, tak mustahil kalau papa punca isteri Fathan kena serang!"
          
          Saat Fathan semakin ligat mengeluarkan hujahnya, Doktor Arkan terkelu. Dia benar-benar kematian kata apabila tuduhan dilemparkan kepadanya tanpa henti. Angin pagi itu tak terasa nyaman lagi. Jelas, kulit kuning langsat Fathan juga berubah kemerahan dek menahan amarah. 
          
          "Kenapa papa diam? Betul, papa punca..."
          
          I just published "EPISOD 47" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1621536523?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa

Syaf_Asriqa

EPISOD 46
          
          "Fathan! Stop it!"
          
          Ketiga-tiga mereka berpaling menghadap figura Airisa yang tiba-tiba muncul dengan wajah yang tegang.
          
          "Biar I yang buat..."
          
          "Kau nak buat apa? Nak bunuh Orkid?"
          
          Airisa terhinggut apabila Fathan menjerkahnya. Pandangan mereka saling bertaut. Jelas, ada tatapan kebencian di sebalik pandangan tunangannya. Inilah pertama kali Airisa melihat Fathan seolah-olah ingin menerkamnya.
          
          "Berambus!"
          
          "Fathan, I cuma nak tolong..."
          
          "Tak payah! Sukalah kau tengok isteri aku terlantar macamni! Puas hati kau!"
          
          Tubir mata Airisa mula terasa hangat apabila amarah Fathan membuatkan hatinya terhiris pilu. Tangannya digenggam erat. 
          
          "Kau berambus! Aku tak nak tengok kau ada depan Orkid sekarang!"
          
          Fathan menekan dada Orkid tanpa henti. Entah sudah berapa kiraan pun Fathan tak tahu. Dadanya sesak. Bayangan dia kematian Puan Dafina terimbas di ruang memori. Sungguh, Fathan trauma.
          
          Tak mampu merasai sebuah kehilangan buat kali kedua.
          
          "You cuma akan sakitkan Orkid kalau you degil dan ikutkan emosi, Fathan! I tahu I jahat! I buruk di mata you tapi I cuma nak tolong! Jangan sampai you ragut peluang yang Orkid ada kalau you gagal selamatkan dia!"
          
          Fathan terhenti buat seketika. Tangannya terkulai daripada menyelamatkan Orkid. Terasa kelat liur di rangkungannya. Dia buntu. Saat ini, ketakutan lebih mendominasi daripada profesionalismenya sebagai seorang doktor.
          
          "Biar I ganti you."
          I just published "EPISOD 46" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1620227286?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa

NourNabihah

@Syaf_Asriqa ebook aisara awak tak open kaa? 
Reply

Syaf_Asriqa

EPISOD 45 UNLOCK
          
          "Siapa nama isteri kamu?"
          
          "Orkid Kasturi."
          
          Doktor Munaf terangguk-angguk seraya menghirup teh panas bagi menghangatkan tubuhnya pada malam itu. Raut wajah Fathan yang berubah tegang ditatap tajam. Rumit benar masalah yang menimpa Fathan ini. 
          
          Doktor Munaf mengerti.
          
          Dia juga pernah berada di tempat Fathan suatu ketika dahulu.
          
          "Fathan cintakan Orkid?"
          
          Pandangan Fathan kembali bertaut dengan Doktor Munaf. Debaran memalu kuat jantungnya dengan soalan maut itu. 
          
          Cinta? 
          
          Atau simpati? 
          
          Entah, Fathan masih tak mengerti kenapa dia masih belum bersedia melafazkan talak buat isteri yang dinikahi bukan atas nama cinta.
          
          "Fathan kahwin dengan Orkid sebab Fathan nak tolong ubah hidup Orkid. Kehidupan dia kat kampung dulu... terlalu menderita. Padahal, Orkid gadis yang bijak. Orkid ada impian yang terpaksa dia kuburkan hanya kerana cara hidup pemikiran orang-orang kat kampung."
          
          I just published "EPISOD 45" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1619984614?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa

Syaf_Asriqa

EPISOD 44
          
          "Diorang kahwin senyap-senyap. Aku..."
          
          "Korang memang tak ada kerja lain ke selain membawang? Tak nampak masih ramai pesakit kat dalam wad? Nak kena report sebab cuai? Apahal yang sibuk sangat pasal hidup orangni hah?"
          
          Mendengar amarah Fathan, sekumpulan jururawat kelam kabut kembali ke kubikel katil masing-masing bagi membantu para doktor. Wajah mereka tegang kemerahan menahan malu. Fathan mengeluh panjang. Benarlah, mereka sedang mengata tentang dirinya dan Orkid.
          
          Tapi... macam mana mereka tahu bahawa Fathan sudah berkahwin? 
          
          Tiba-tiba baru Fathan sedar bahawa hampir seluruh staf sudah mengetahui rahasia yang disimpan selama dua bulan.
          
          "Fathan!"
          
          Fathan memandang figura Kasyaf yang terburu-buru menghampirinya. 
          
          "Fathan, tengok!" 
          
          Sebaik saja tab milik Kasyaf dihulurkan kepadanya, Fathan terbutang kaget melihat artikel hiburan yang menyatakan bahawa bakal menantu seorang doktor selebriti berlaku curang dengan menikahi gadis kampung.
          
          "Semua orang dah tahu pasal kau dengan Orkid!"
          
          I just published "EPISOD 44" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1619762397?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa

Syaf_Asriqa

EPISOD 43
          
          "Aku tak kira. Fathan dah kahwin dengan perempuan lain, aku nak perkahwinan Fathan dan Risa dibatalkan."
          
          "Papa!"
          
          Tak semena-mena, nada suara Airisa naik seoktaf. Dia bangun menghampiri ayahnya yang berdiri setentang dengan tingkap. Esakannya semakin kuat dengan keputusan mendadak si ayah.
          
          "Risa cintakan Fathan. Tolonglah... Risa rasa lebih baik Risa mati daripada berpisah dengan Fathan."
          
          "Munaf, kau jangan buat keputusan melulu. Benda boleh bincang..."
          
          "Nak bincang apa lagi? Huh? Fathan tak cintakan Risa. Kenapa susah sangat kau nak faham isi hati anak kau sendiri?"
          
          Nada suara Doktor Munaf naik seoktaf. Dia mengeluh berat. Mana mungkin dia menghancurkan perkahwinan Fathan dan Orkid. Apatah lagi pasti nama baiknya akan busuk jikalau Fathan dan Orkid bercerai hanya demi menikahi Airisa.
          
          "Sampai bila kau nak perjudikan hidup anak kau yang seolah-olah jadi pak sanggup untuk tutup setiap perangai anak aku yang liar? Anak aku kaki kelab! Wartawan asyik tulis berita yang buruk pasal aku. Hancur reputasi aku! Katanya tak reti jaga anak. Susah-susah, aku nak hantar Risa ke luar negara!"
          
          "Papa..."
          
          Airisa terundur ke belakang apabila tubuhnya ditolak kasar. Keputusan mendadak ayahnya benar-benar membuatkan seluruh hidup Airisa kelam. Bagaimana dia mahu hidup tanpa Fathan?
          
          "Munaf, untuk pengetahuan kau, Fathan nikahi budak itu hanya disebabkan simpati semata-mata masa Fathan buat sukarelawan kat Kampung Badai. Perkahwinan tanpa cinta tak akan kekal. Aku pasti, Fathan akan ceraikan Orkid cepat atau lambat. Aku kenal anak aku macam mana."
          I just published "EPISOD 43" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1619543323?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa

Syaf_Asriqa

EPISOD 42
          
          "Kita boleh jadikan cerita Orkid untuk majukan lagi pusat kebajikan kita. Takkan nak bergantung populariti Munaf sebagai doktor selebriti sepanjang masa? Sesekali, kita kena guna kelebihan yang kita ada."
          
          Mendengar hal itu, wajah Puan Nita mendadak berubah tegang. Pandangannya bertaut dengan Doktor Arkan yang sedang berehat di taman mini rumah agam keluarganya. Ada benarnya kata si suami. 
          
          "Nama kita akan naik kalau cerita Orkid tersebar."
          
          "Tahu pun! Makanya, you jangan jahat sangat dengan budaktu. Sekarang, Fathan dah buat satu benda yang mengaibkan kat belakang kita. Apa salahnya kita masuk dalam permainan Fathan sekali."
          
          Senyuman Puan Nita melebar. Dia terangguk-angguk sambil berpeluk tubuh. Hilang rasa amarahnya dengan artikel tersebut apabila pelbagai anasir negatif bermain di fikiran. 
          
          Nama mereka akan dijulang tinggi sebagai dermawan melalui kisah adat kuno di Kampung Badai.
          
          "Fathan dengan Orkid kena tinggal dengan kita supaya rancangan kita cepat."
          
          "Kenapa pula sampai kena tinggal dalam rumah kita? Tak! I tak nak Orkid jadi mem besar kat rumah. Dia kena sedar diri dia cuma beban dalam hidup Fathan."
          I just published "EPISOD 42" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1618905691?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa

Syaf_Asriqa

EPIAOD 41
          
          "Abang harap..."
          
          Fathan jeda. 
          
          Cuba mengatur nafas apabila hatinya seolah-olah berbolak-balik melihat mendung menghias wajah isterinya. 
          
          "Orkid tak letak apa-apa perasaan dekat abang terlalu dalam. Abang tak nak Orkid sakit lagi disebabkan keluarga abang. Kalau pun Orkid jatuh cinta dengan abang, yakinlah perasaan tu wujud sebab abang satu-satunya lelaki yang layan Orkid dengan baik. Itu cuma perasaan kagum. Bukan cinta."
          
          Buat seketika, Orkid kembali mendongak memandang raut wajah Fathan. Sungguh, kata-kata keramat itu seolah-olah menampar tubuh Orkid hingga kakinya terasa lemah untuk terus berdiri tegak. 
          
          Bahkan, apabila Fathan hanya keluar tanpa pamit, Orkid merasakan rohnya terkeluar daripada jasad.
          
          Tak bernilai rupanya rasa cintanya buat Fathan.
          
          "Abang tak nak Orkid cakap pasal cerai."
          
          I just published "EPISOD 41" of my story "HANYA KAU YANG KUMAHU". https://www.wattpad.com/1618559125?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=Syaf_Asriqa