Hai, tumpang wall untuk promo karya terbaru saya. Jemputlah baca dan jangan segan-segan untuk tinggalkan komen dan vote ya. Terima kasih.
++++
Blurb : Cheonsa, Saranghae! - Revamp
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi, menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian dan ingin membahagiakan ibunya sendiri.
Dalam waktu yang sama, dia tidak percayakan cinta sejati. Menjadikan dia dingin dan beku apabila ada gadis cuba mendekati.
Tetapi, siapa dapat menyangka? Kedatangan seorang gadis bernama Nur Nabila dalam hidupnya yang sunyi telah mewujudkan rasa suka, sayang dan akhirnya cinta yang mendalam.
Namun, semuanya indah khabar daripada rupa.
"Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih daripada itu!" - Nur Nabilla.
Pahit itu perlu ditelan sendiri, tanpa dia sedar akan kewujudan seorang gadis yang sentiasa ingin mengubati luka di hati.
Sherin Hazalena, gadis misteri yang tidak disukai kehadirannya. Cuba membantu, namun bantuan itu tidak diterima.
"Wafi! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya." - Sherin Hazalena.
"Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku. Kau tak ada hak!" - Wafi Jauzan.
Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan diri sendiri. Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi.
https://www.wattpad.com/story/351420749