Kita tak boleh kawal penulis-penulis luar negara yang tulis cerita 18+. Tapi kalau orang kita yang tulis, kita kena take action. Sebab dahulunya perkara ini taboo tapi sekarang sudah dinormalisasikan. Sebab apa? Sebab kita terikut sangat budaya liar barat.
Cerita 18+ in sebenarnya porno juga macam video atau gambar lucah. Rujuk balik kamus BI atau Kamus Dewan.
Kamus Oxford Learner's Dictionary mentakrifkan pornograhy sebagai "magazines, DVDs, websites, etc. that describe or show naked people and sexual acts in order to make people feel sexually excited, especially in a way that many other people find offensive" manakala Kamus Dewan mentakrifkannya sebagai:
1. penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian dll) dgn cara yg mengghairahkan atau yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dsb), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dsb secara lucah;
2. segala bahan (spt filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks, segala bahan (spt filem, terbitan dsb) yg lucah
Dari segi undang-undang, porno adalah menyalahi undang-undang malaysia. Tengok balik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seksyen 233. Ada mention "apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain" dan penaltinya?
Denda tak lebih RM 5,000 atau penjara tak lebih setahun dan boleh juga didenda RM1,000 setiap hari kesalahan. Tak balik modal mat. Dahlah semua phone, laptop dan sim card korang akan dirampas untuk siasatan, diorang akan korek sampai lubnag cacing untuk cari bukti
Okeylah, sekian leteran saya pagi ini. Saya nak sambung menulis. Assalamualaikum dan selamat menukang manuskrip!