SyuAriani
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
#TP | BAB 9 "Tadi, kau perasan tak? Dia nampak macam terpaksa. Dia menangis. Tangan dia pun, menggigil-gigil..." "Kau sempat perhatikan semua tu?" Nathan melongo dengan rasa tidak percaya. "Aku tak tahu, tapi... Dia nampak macam robot yang dikawal. Dia menangis-nangis waktu dia tikam-tikam diri sendiri, tapi dia juga macam tak boleh hentikan pergerakan dia."
SyuAriani
#TP | BAB 7 "Letak pisau tu." "Kau jangan buat kerja gila!" Namun, sayang. Insan itu tidak patuh kepada mereka. Walaupun tangannya menggigil-gigil dan air matanya berlinangan, tetap juga dia kemaskan cengkaman pada gagang pisau. Kemudian... Zappp!
SyuAriani
#TP BAB 6 "Betul ke, kita tak boleh keluar dari setiap tapak ni? Dia ada cakap? Kalau kita keluar, apa jadi?" "Mungkin kena macam kau orang tadi kut? Kau jangan saja-saja nak cuba, bro. Kau sendiri tahu rasanya macam mana tadi," jawab Kalai, disusuli peringatan agar Xander tidak membuat kerja gila. Xander menyeringai sambil menggeleng. "Takkanlah aku sengaja nak sakitkan diri sendiri," kata Xander, mengundang kelegaan Kalai dan Che Di. Tapi... "Kita cuba dekat orang lainlah!" Dalam pada dia bercakap, Xander menolak Becca ke hadapan. "Becca!!!" Bukan cuma ahli kumpulannya sendiri, malah Puspa, Yolanda dan Uqasha berteriak memanggilnya. Jeritan itu berganda kuat bilamana dada Becca terangkat tinggi dan rebah semula.
SyuAriani
Tubuh Che Di kejur. Tidak bergerak. Dari mata kasar, sepertinya Che Di tak lagi bernafas.
"Baby..." Tak sempat Xander katakan apa-apa, bahagian dada Che Di tiba-tiba terangkat dan terhenyak dengan sendirinya. Selang dua saat, ia berlaku lagi. Sama seperti yang Xander selalu lihat dalam filem, sewaktu doktor menggunakan defibrillator kepada pesakit.
Ingin Xander angkat tubuh Che Di tetapi dia tak sedar kakinya telah melepasi kawasan padang bola sepak. Kerana itulah, tiba-tiba dia pula yang kejang untuk sesaat, sebelum bahagian dadanya pula yang melanting seperti Che Di.
"Bro! Bro!" Kalai pula yang menyeru Xander. Dia tidak memahami apa yang berlaku, tapi dia perlu tolong rakannya! Kalai mulai bergerak, tapi tak semena-mena tubuhnya ditarik kuat dari belakang.
"Jangan keluar dari padang ni!"
️
Jemput baca bab baru TP ✨
SyuAriani
Terperangkap di dalam sebuah bangunan.
Terpaksa bermain permainan tradisional berdarah.
Nyawa menjadi pertaruhan.
Siapa yang akan menang akhirnya?
— T. P.
Setelah lama tak up apa-apa di wattpad, akhirnya saya kembali ke sini Insya Allah lepasni akan publish bab-bab seterusnya. First time tulis genre survival game + (sedikit) sci-fi + young adult. Semoga berjaya la hshshs
skulladdicted
akakkkk dekat mana saya boleh beli queen series? dekat kedai buku semua takdee
zarshue
salam kak syu,untuk novel di hatiku kak syu taknak post preview ke dkt wattpad ni?
NurMyaZara
Salam kak syu,novel Anastasia dh x de kat pasaran ke? Dkt karyaseni x de Anastasia...
hazellraee
akaaaakkkk cinderella memang takfe bab awal kat wattpad eh??
imaienaa
Hai, kak syu. Princess punya edition dah takde kat pasaran ke? Sy nk beli Anastasia T^T.