Aku hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Menulis ni hanya sekadar hobi sambil melepaskan semua keresahan hati. Setiap kali menulis, jiwa rasa tenang kerana dapat meluahkan semua bebanan jiwa, namun karya aku tidak ada kena mengena dengan hidup aku. Semuanya hanya imaginasi kerana aku memang suka berangan sejak kecil. Aku menulis ikut mod, kadang-kadang bila mod bertandang, ilham tu sentiasa ada tapi kalau mod hilang, sepatah perkataan pun tak nampak.

Hobi aku yang lain, suka layan drama korea sebab drama korea banyak yang tak logik. Haha..yang tak logik tu yang paling seronok dilayan sebab kreativiti seorang penulis skrip mampu membawa kita mengembara ke dunia asing yang tak terjangkau fikiran.

Walaupun aku suka menulis tapi aku juga suka membaca. Setiap penulis mempunyai kreativiti masing-masing. Kita baca tapi jangan ciplak karya orang lain. Aku menulis dengan spontan. Tajuk dan plot cerita datang begitu saja. Aku tak pernah merangka plot sebab setiap kali aku menulis, ayat-ayat tu datang bagaikan air hujan. Patah demi patah keluar tanpa dirancang.

Ilham yang muncul semuanya pemberian Allah. Tanpa izin Allah, aku takkan mampu untuk menulis. Alhamdulillah, kerana aku terpilih untuk menulis di sini.
  • JoinedJuly 7, 2020


Stories by SzazaZaiman
Gangguan by SzazaZaiman
Gangguan
Adelia mengigil, sejak semalam tubuhnya lemah. Badan Adelia panas sangat namun dia kesejukan. Giginya berlaga...
Aku Sedar Diriku Umpama Kaca Retak Seribu by SzazaZaiman
Aku Sedar Diriku Umpama Kaca Retak...
Aku bukan insan sempurna. Sejak kecil aku diuji dengan segala rintangan. Aku hadap semua ujian dengan memenda...
Di Atas Langit Ada Langit by SzazaZaiman
Di Atas Langit Ada Langit
Kita bukan hidup untuk menongkat langit. Hidupnya kita di atas muka bumi hanya untuk mencari bekalan untuk di...