boobey

Mata aku meliar melihat sekeliling. Segan untuk melihat penumpang di sebelah, aku terus mengeluarkan novel setelah siap memasang tali pinggang keselamatan.
          
          Maklumlah, pertama kali naik kabin kelas pertama. Nak naik kabin kelas pertama ni untuk kali kedua entah bila pula rasanya kan?Puas mencuba, tak pula menjadi. Habisnya aku menjengah penumpang sebelah.
          
          “Err … Sorry, do you know how to change this seat into a bed ? ” soalku pada si jejaka yang elok bersandar di kerusi. Kepalanya memandang ke sebelah sana. Keadaan kabinnya agak samar membuatkan aku tidak mampu melihat wajahnya dengan jelas.
          
          Dia berpaling apabila ditegur. Mula duduk menegak dan mendekatkan wajahnya pada aku.
          
          Owh … my !  Him or Not Him!
          
          Dan jawapannya ialah, him! Terasa nafasku tersekat di kerongkong. Takkanlah nak pengsan sekarang ? Rugilah pula. Peluang sekali je...
          
          next part kalau minat nak baca boleh baca di blog http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/

boobey

Dalam sibuk mahu berlepas ke United Kingdom, sempat lagi otak aku menerawang memikirkan soal Syed Haydar dan perjanjian yang aku buat pada diri sendiri.  Hebat sangatkah lelaki bergelar Syed Haydar ? Hebat atau tidak bukan perkara pokok. Pokoknya Hana Sofea sudah jatuh bergolek-golek pada jejaka yang dia sendiri tidak pernah bersua muka.
          
          Beberapa kabin aku lalui. Panjang sungguh kapal terbang Airbus 380 ni. Dari kabin ekonomi hinggalah ke kabin bisnes, Sangkaku aku akan diletakkan di kabin ekonomi tapi rupanya aku dibawa turun ke aras bawah melalui tangga hadapan. Hanya kabin kelas pertama yang tidak aku jejaki...aras bawah paling hadapan..
          
          First Class Cabin.
          Ruang yang luas dengan kerusi kotak-kotak yang sangat spacious berbanding kelas ekonomi tadi. Yang duduk pastinyalah golongan kaya-kaya. Pramugari berhenti di kerusi 2G. Aku turut berhenti di situ.
          
          “Ni tempat cik ya. Pihak MAS mohon maaf dengan apa yang berlaku.”
          
          “ Tak apa, thanks,” tutur aku sebelum duduk di situ. Pramugari berlalu pergi. Rasanya aku bernasib baik kali ini kerana satu-satunya kerusi yang kosong adalah di kabin kelas pertama.
          
          TBC

boobey

Aku kembali ke bumi England untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan peringkat doktor falsafah.Syed Haydar mewarisi syarikat hartanah arwah ayahnya pada usia 25 tahun. Dan aku?Hana Sofea Ibrahim, baru terkedek-kedek ingin mendapatkan ‘sesuatu’. Tapi siapa tahu, usia 25 tahun bakal menjadi sejarah dalam hidup aku ? Otakku sudah melayarkan pelbagai imaginasi dah ni, mulut pula tak habis tersenyum.
          
          “Kau bayangkan Hani … tetiba kan aku pergi KLIA dan jumpa dia ? Hihi” aku ketawa gedik sambil membayangkan kemungkinan tersebut.
          “Owh, how romantic and sweet kan ? 
          “So, dapat ke beli First Class seat ? And duduk dalam Business Lounge?”
          Aku geleng. Waaa …. memanglah tak dapat. Aku diam. Okay ke ? Boleh la kot kalau aku ciptakan 17 September sebagai tanda aras untuk cinta kasih aku terhadap Haydar.  Kalau mimpi aku jadi realiti?
          Itu tandanya dia untuk aku. Ah, kalau betul jadi sah, aku pengsan!
          
          TBC

boobey

Novel : 13 Jam A380 
          Oleh : Evelyn rose
          
          Bab 1
          “Hey, stalker ! Haha… ” sakan si Hani ketawakan aku. Adik aku yang bezanya hanya setahun dengan aku sudah berumah tangga. Anak dara Umi yang masih bujang tinggal aku sajalah.
          Hani duduk menongkat dagu di kerusi aku. Kepalanya terjongol di sebelah. Sibuk memerhatikan skrin kaca komputer riba aku. Terpampang gambar lelaki kacak yang dikenali ramai. Oh no, bukan pelakon mahupun pelawak ! Tapi tycoon muda yang masih hottie, available dan bergaya. Perempuan mana tak nak kan ? Semua pakej ada dan lengkap.
          
          “Dia dah ada kekasih la Hana…” omel Hani pada aku. Aku mencebik.
          “Tu gosip tahun lepas. Meh sini aku tunjuk,” beriya aku memberitahu.
          “Ni semua gambar ni tahun lepas punya … "
          Aiih, dah-dah la tu oiii! Realiti Hana, realiti !” 
          “Wake up!”
          “Who knows we might bump into each other one day?” kata aku cuba mempertahankan pendirian. 
          “Anyway, ticket flight kau dah book belum?” tanya Hani dalam nada serius. Aku mula duduk dan menukar topik perbualan.
          “Dah, next week la aku pergi. 17th … macam aku cakap ari tu.”
          
           TBC