ARIANA KIM, seorang wanita yang tidak suka bergaul dan hanya mementingkan dirinya sendiri tanpa berfikir akan perasaan orang lain.
BELLA HAN pula seorang yang ego. Sering kali membuat keputusan tanpa berfikir akan kesan yang bakal terjadi. Sikap sombong dan angkuh dalam dirinya, membuatkan dia tidak ada rasa empati terhadap orang lain.
Manakala seorang lagi wanita bernama CHOI CLARA menjalani kehidupan yang terlalu sosial, walaupun suka bersosial tetap juga dia tidak mengambil peduli tentang hal sekeliling.
Begitu juga dengan PARK DAISY, seorang gadis yang terlalu manja dan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Turut memiliki sikap yang sama seperti ketiga-tiga gadis yang lain.
‘Kau buat hal kau, aku buat hal aku!’
Itulah trademark yang boleh diungkapkan tentang personaliti mereka berempat.
---
Dalam waktu yang sama, dendam yang tersimpan rapi di lubuk hati, sedikit demi sedikit dapat dilunaskan! Kerana dendam itu, manusia yang berdekatan pula menjadi mangsanya!
“Ini baru permulaan….”
Permulaan dendam baru saja bermula, bagaimana pula dengan pengakhirannya? Adakah mereka berempat terkait sama dalam dendam yang membara itu?
---
Boleh dapatkan melalui shopee. Sekarang tengah promosi : Lucyana Mall ♂
https://shopee.com.my/product/90707888/15714780853?smtt=0.90709366-1642348865.9