Assalamualaikum semua! Bab 4 Dari Kaca Mata Haura dah publish. Boleh serbu sekarang!
Terima kasih.
-----
Previu: 04 | Musibat
Haura tahu, setiap rahsia punya sebab atas kerahsiaannya. Tetapi sebegitu terukkah rahsia keluarga mereka, sehingga satu pun tidak pernah dicerita? Haura tidak mengenali ayahnya, di mana dia berada, apa kejadian hidupnya; semuanya kosong. Pernah Haura cuba bertanya, namun Puan Dahlia sekadar membiarkan soalan itu terapung di udara. Komunikasi satu arah ini memenatkan.
Kadang, Haura rasa hidupnya bagai satu simulasi tanpa penerangan, dan itu membuatkan dia rasa terasing. Bayangkan, hidup di dalam satu rumah besar, bersama satu-satunya ahli keluarga yang ada, tetapi wujud jurang halimunan di antara mereka. Haura membesar 15 tahun bersama Puan Dahlia, namun tidak pernah sekali dia merasakan dia benar-benar kenal wanita. Apatah lagi selepas melihat tangisan ibunya buat kali pertama.
Layakkah dia menggelar diri sebagai seorang anak, jika sanggup melihat ibu sendiri sebegitu tanpa mampu berbuat apa-apa?
Haura mengeluh. Dia bingung. Mengapalah kehidupannya rumit sebegini? Kalaulah dia boleh membelah diri menjadi dua. Paling tidak, dia tidak perlu lalui semua ini seorang diri.
-----
I just published "04 | Musibat" of my story "Dari Kaca Mata Haura (Tali Pintal)". https://www.wattpad.com/1558295126?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=TheFnlini