Cak! Selamat malam semua. Tido dah ke tu? Ke dah bosan tunggu? Huhu maaf sangat lambat T-T
So ini dia TEASER BAB 56
“Sudahlah, makan.. Saya lapar.” Pintas Nur apabila melihat gaya Syed Khalid yang mahu melanjutkan perbualan. Dia malas tahu? Usaha baru sikit, nak cakap lebih-lebih.
Syed Khalid mengalah. Sesekali mata menjeling Nur yang sedang khusyuk makan. Dia tidak sangka juga mereka akan makan malam bersama di luar. Adakah ini yang dinamakan rezeki? Atau Nur ada sembunyikan sesuatu darinya?
“Saya nak pergi tandas jap. Kalau dah habis makan, boleh bayar bill eh. Saya dah habis makan. Lepas ni masuk kereta terus.” Nur memecahkan sunyi. Mulut dilap dengan tisu sebelum bangun menjijit beg tangan. Menjeling sekilas nasi di pinggan Syed Khalid yang hanya terusik sikit.
“Abang pun dah habis ni. Abang tunggu dalam kereta.”
“Suruh makan tapi sibuk tenung muka orang! Kenyanglah sangat, kan?” Bahu Syed Khalid dirempuh. Ya! Biar laki itu tahu yang dia tak suka. Ingat sweet lah tu jeling-jeling manja?
---------
Stay tuned okay!
InshaAllah akan disiapkan segera. Kalau tak ada aral melintang
Doakan!