hai guys, hujung sem aku sudah mau berakhir bagi semester ini. jadi aku akan menyambung cerita ku. tujuan aku membuatnya dalam bahasa inggeris adalah kerana tujuan lebih bersifat universal. tetapi, setelah ini mungkin aku hanya akan membuat cerita berbahasa indo-malay sahaja menjadikan LMABOH ini karya inggeris ku yang terakhir mungkin. tetapi jika aku suatu hari sudah mempertingkatkan ilmu bahasa inggeris ke tahap lebih dalam, mungkin akan membuat lagi dalam bahasa itu.
aku sudah mempersiapkan beberapa cerita yang masih dalam proses penelitian bagi alurnya dalam bahasa indo-malay. yang pasti changkyun adalah pemain utamanya dan hyung2 nya juga akan turut ada serta beberapa pemain tambahan. jika kebanyakannya bersifat angst, itu kerana aku menyukai genre beralur itu.
note:
terakhir kali, mari bersama2 mendoakan saudara2 kita yang terkena musibah sama ada mangsa atau keluarganya #sriwijayaairsj182 serta mangsa2 banjir sama ada malaysia atau indonesia. berhati2lah musin kini adalah musim hujan. semoga semua dalam lindungan-Nya. Amin.