SINOPSIS: MEJAR FARHAN EMIR
Farhan Emir berpangkat Mejar dari unit 21GGK kem terendak, seorang yang tegas dan berdisiplin tinggi, tidak pernah membantah arahan daripada pihak atasannya.
Kapten Dr. Elisha seorang yang dingin, mempunyai perwatakan yang jauh lebih menarik dari semua perempuan, dari riak wajahnya saja seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan tapi dia lindungi dengan wajah ceria.
“Saya tak susah nak tengok orang, kapten” -Farhan Emir
Kolonel Elith adalah bapa kepada Kapten Dr. Elisha meminati si Mejar lebih dari seorang anak buah. Mereka berkahwin atas kerelaan, si Elisha hanya menurut, dia anak yang dengar kata.
“Kahwin dengan Eli, walaupun dia ada kisah silam sebelum ni, daddy tahu yang kamu boleh jaga dia, banyak benda dia lalui semasa kehidupan kecilnya” -Kolonel Elith
Emir kahwin dengannya sebab tanggungjawab si bapa memberi amanah kepadanya. Dia juga sudah lama menyukai Elisha, tapi dia diamkan saja, risau orang lain punya.
“Saya takut..” -Elisha-
“Jangan takut.. abang ada okay..” -Farhan Emir-
Kelembutan Emir kepadanya membuatkan dirinya rasa serba-salah jika tidak menganggap Emir sebagai suaminya sekarang. Hari demi hari, Elisha cuba terima Emir dalam hidup dan cuba membuang rasa traumanya.
Mampukah Emir menerima kisah-kisah silam si isteri, yang menyebabkan Elisha trauma?
#mejarfarhanemir
***
Boleh whatsapp nombor di bawah untuk pembelian
www.wassap.my/601115633201/ebookMFE