Menulis itu adalah satu hobi yang sangat mulia. Menulis boleh membangkitkan dan memupuk minat membaca di antara masyarakat Melayu kita di mana-mana sahaja mereka berada. Dengan menulis juga, pelbagai mesej, pelajaran dan ilmu boleh disampaikan kepada pembaca. Semua orang boleh menulis, lelaki atau perempuan, tak kira umur atau status tapi kalau boleh, menulis lah dengan sempurna.. 

Tak kira lah apa genre. Mahupun cinta, komedi, seram atau lucah..

Jaga tata bahasa. Jaga Gaya bahasa. Tolong olah karya itu dengan sempurna. Jadikan karya itu menarik untuk di baca walaupun jalan ceritanya tidak seberapa.

Jangan lah pakai kata-kata pendek dalam karya seperti "jgn, aq, smlm" dan sebagainya. Rosak bahasa Melayu kita!

Pastikan karya itu berkualiti sebelum dimuat naikkan ke dapan Wattpad atau platform bacaan percuma yang lain.

Semak dan semak lagi, pastikan karya itu adalah karya yang anda sendiri ingin membacanya. Karya yang boleh dibanggakan dan boleh dibuat rujukan. Ambil kisah dengan apa tanggapan pembaca terhadap karya anda, bukan sikap "can't be bothered" sampai terlahirnya karya sampah! Asalkan dapat votes kira OK!

Tak tahu menulis, baca, baca dan baca lagi. Beli satu novel dan baca. Karya yang hebat dibuat rujukan. Dibuat contoh, itu caranya untuk menjadi penulis yang bagus.

Bukan penulis taik yang rosakkan bahasa Melayu!
  • JoinedFebruary 25, 2024



1 Reading List