NurulDil

✨Ada masa jemputlah baca, jangan lupa vote sekali✨
          
          'I found someone who not annoy with my attitude'
          .
          .
          
          Tengku Ryaz Bin Tengku Ryan atau lebih dikenali sebagai Tengku dikalangan rakan-rakannya. Seorang anak tunggal yang hidup tanpa kongkongan bapa. Bapanya, Tengku Ryan seorang ahli perniagaan terkenal dan mempunyai sebuah cafe yang agak mewah. 
          
          Ryaz sudah kehilangan bondanya pada umur lapan belas tahun. Kerana itu juga dia ditipu oleh daddynya. Dari situ dia tidak mempercayai sesiapa pun.
          
          Sehinggalah dia bertemu seorang gadis kampung yang sudah merampas seluruh hatinya. Pertemuan mereka adalah dari satu tragedi hitam.
          
          Dia Nur Syazwani Binti Ahmad. Seorang gadis yang manis berpurdah. Hanya gadis lepasan SPM yang perlu berkorban demi masa depan ibu dan adik-adiknya. Baginya, pelajaran tidaklah penting. Apa yang penting adalah keluarganya. Sebagai anak sulung, dia perlu membanting tulang demi kehidupan adik-adiknya.
          
          "Awak nak makan apa? Saya masakkan." -NUR SYAZWANI.
          
          Perwatakkan Syazwani yang pemalu membuatkan hati dan jantungnya makin berdebar kencang.
          
          Namun, sesuatu menghalang. Ingatannya musnah. Sehinggakan...
          
          
          "Aku dah nak kahwin?" -TENGKU RYAZ.
          
          Ayat itu yang mereka memberitahunya. 
          
          Si gadis tidak mahu begitu, namun dia dipaksa.
          
          "Saya tak boleh." -NUR SYAZWANI
          
          "Kalau betul kau isteri aku, kenapa kau tak tahu apa-apa tentang aku?" -TENGKU RYAZ.
          
          Akhirnya si gadis akur sehingga ingatan si lelaki pulih. Namun, bahagia yang dia inginkan bertukar menjadi penderitaan.
          
          "I sayangkan you, Tengku Ryaz!" -TENGKU NIADIANA
          
          "Kau itu bekas aku lah perempuan! Tak payah nak bajet alim sangat!" -FARIQ AMSYAR
          
          Dua orang manusia itu datang menjadi perosak masjid yang sedang dibina. Segalanya berubah atas EGO. Masing-masing penuh dengan EGO.
          
          Disebabkan EGO juga,
          
          "Aku ceraikan kau..." -TENGKU RYAZ.
          
          Adakah rumah tangga yang dibina oleh Ryaz dan Syazwani berkekalan?
          
          Atau
          
          Ada sesuatu yang berlaku di dalam rumah tangga mereka?

ZurinaGhani

@NurulDil ok..nnt sy bc story sis..
Reply

bloodboundiswow

Assalamualaikum!!>_< kalau ada masa jemput lah baca story saya dan beri pendapat jujur! Saya terima dengan hati yang terbuka!!
          
          https://my.w.tt/OHnNu0eiW3
          
          Masa anda yang terluang bagi membaca cerita saya amatlah dihargai>_<
          
          Sekian!!>_<
          
          

bloodboundiswow

Like awak rasa bab tu bosan awak tak yah laa vote ha gitu sebab nak pendapat jujur kan HAHAHAHAH 
Reply

bloodboundiswow

@ZurinaGhani HAHAHAH THANK YOU BUT I'M MORE TO ASK ABOUT OPINION LAA MACAM HAMBAR KE? OR MAYBE AWAK BOLEH COMMENT APA YANG PATUT SAYA BAIKI MANA TAHU KALAU PENULISAN SAYA DISINI DIBAIKI KARANGAN SAYA PUN AKAN JADI BAIK YE DAK HAHAHAHAH TAMBAH INFO-INFO BARU 
Reply