_Khalifah-Rifqi_

Mukmin Tidak Bersikap Buruk
          	
          	عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
          	
          	Dari Abdullah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.”  
          	(HR Tirmizi No: 1977) Dar Kutub Ilmiyyah.
          	Status: Hadis Sahih
          	
          	Pengajaran:
          	
          	1.  Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:
          	
          	a.  Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).
          	b.  Suka melaknat
          	c.  Suka berperilaku keji (berperangai buruk)
          	d.  Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)
          	
          	2.  Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan. 
          	
          	3.  Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar.

_Khalifah-Rifqi_

Mukmin Tidak Bersikap Buruk
          
          عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
          
          Dari Abdullah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.”  
          (HR Tirmizi No: 1977) Dar Kutub Ilmiyyah.
          Status: Hadis Sahih
          
          Pengajaran:
          
          1.  Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:
          
          a.  Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).
          b.  Suka melaknat
          c.  Suka berperilaku keji (berperangai buruk)
          d.  Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)
          
          2.  Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan. 
          
          3.  Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar.

_Khalifah-Rifqi_

Mahligai Di Syurga Kerana 12 Rakaat Solat Sunat Sehari
          
          عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
          
          Dari Ummu Habibah RA ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunat dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga: iaitu empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya’ dan dua rakaat sebelum subuh." 
          
          (HR Tirmizi No: 380)
          
          Status: Hadis Sahih 
          
          Pengajaran:
          
          1.  Selain daripada solat fardhu lima waktu sehari semalam, kita juga digalakkan melakukan solat sunat mengiringi waktu.
          
          2.  Orang yang melaksanakan 12 rakaat solat sunat sehari semalam, Allah akan membangunkan sebuah mahligai di syurga.
          
          3.  12 rakaat solat sunat itu sehari semalam terdiri dari empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya` dan dua rakaat sebelum subuh.

_Khalifah-Rifqi_

Saling Mencela Itu Adalah Syaitan
          
          عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِي يَشْتُمُنِي وَهُوَ دُونِي عَلَيَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ قَالَ الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ
          
          Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya, "Saya berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya?" baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." 
          (HR Ahmad No: 16836) 
          Status: Hadis Sahih
          
          Pengajaran:
          
          1.  Orang yang dicela perlu sentiasa bersabar di atas perbuatan cacian orang lain ke atasnya.
          
          2.  Rasulullah SAW menyebutkan dua orang yang berbalah sambil mencela dan mencaci itu adalah syaitan.
          
          3.  Orang yang saling mencaci akan berlumba membuat dosa dengan memperlekeh, menghina, merendahkan lawannya serta berbohong.
          
          Semoga kita tidak tergolong dari golongan syaitan. Berusahalah menjauhi perbuatan  suka mencela dan menghina orang lain.

_Khalifah-Rifqi_

Mendapat Kemanisan Iman
          
           عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
          
          Dari Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga perkara yang jika seseorang melaksanakannya, ia mendapat kemanisan iman: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya, ia mencintai seseorang kerana Allah, dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana kebenciannya untuk dilempar ke neraka." 
          (HR Bukhari No : 6428)
          Status: Hadis Sahih 
          
          Pengajaran:
          
          Seorang Muslim akan mendapat kemanisan iman dalam kehidupannya  jika melaksanakan tiga perkara:
          
          a.  Allah dan Rasul lebih dicintai berbanding yang lain-lain termasuk dirinya. Dibuktikan dengan pelaksanaan perintah Allah dan Rasul dengan bersungguh - sungguh dan meninggalkan yang dilarang. 
          
          b.  Mencintai seseorang kerana Allah – cinta ahli keluarga, pasangan hidup juga sahabat kerana Allah.
          
          c.  Benci kembali kepada kekufuran seperti  bencinya kita dimasukkan ke neraka (benci kepada perkara maksiat dan berdosa).
          
          Ayuh kita bersifat RAHMAH dengan sentiasa mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya, cinta orang lain kerana Allah dan bersungguh membenci kekufuran.

FYEOBOO-

@_Khalifah-Rifqi_ in syaa Allah ✨☄️
Reply

_Khalifah-Rifqi_

Akhlak Timbangan Paling Berat Di akhirat
          
          عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ شَيْءٍ يُوضَعُ فِي الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلَاةِ
          
          Daripada Abu Darda RA ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan solat." 
          (HR Tirmizi No: 2003) Dar Kutub Ilmiyyah.
          Status: Hadis Sahih
          
          Pengajaran:
          
          1.  Akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang. Darinya akan melahirkan tindakan, perlakuan atau perilaku amalan.
          
          2.  Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.
          
          3.  Timbangan ganjaran yang paling berat pada seseorang di akhirat nanti adalah akhlak yang baik.
          
          4.  Kedudukan orang yang memiliki akhlak yang baik menyamai darjat orang yang berpuasa dan bersolat.
          
          5.  Tidak bermanfaat solat dan puasa jika tidak disertai dengan akhlak terpuji.
          
          Suburkanlah akhlak terpuji dalam diri kita agar ia menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

hasunaaa_

@_Khalifah-Rifqi_ thank you kongsiiii! 
Reply

_Khalifah-Rifqi_

9 Nama Setan atau Iblis beserta tugasnya :
          
          1. Zalanbur = Setan ini bertugas untuk menggoda agar manusia boros ketika berbelanja
          
          2. Dasim = Setan Dasim akan terus menggoda perut manusia agar tak pernah merasa kenyang.
          
          3. Wasnan = Setan ini datang bertugas meniupkan tepung ke mata manusia, agar kalian menjadi mudah untuk merasa mengantuk.
          
          4. Tibbir = Setan Tibbir ini tugasnya menggoda kita untuk mudah terpancing amarah serta emosian.
          
          5. Khanzab = setan ini bertugas khusus untuk menggoda manusia untuk tidak salat.
          
          6. Walhan = Iblis ini bertugas menggoda manusia untuk tidak mengambil air wudhu. 
          
          7. Masuth mathun = Setan Masuth Mathun ini bertugas untuk merayu manusia supaya mengadu domba, mencela, mencaci, memaki, dan menyebar fitnah.
          
          8. A'war = Setan ini menggoda manusia untuk dekat-dekat dengan perbuatan dosa besar, yakni zina.
          
          9. Abyad = Iblis ini disebutkan sebagai panglimanya setan. Sebab setan inilah yang menggoda bukan dari manusia sembarangan, yakni Nabi, ulama dan juga para wali.
          
          (nama-nama iblis yang ada di dalam kitab Maraqil Ubudiyah, menurut Syekh Nawawi Al-Bantani yang bersumber dari hadis Umar Bin Khatab) 
          
          
          ۞اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد۞

_Khalifah-Rifqi_

Anak Pelindung Api Neraka
          
          عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ
          
          Daripada ‘Aisyah RA berkata: Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka baginda bersabda: "Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini (mengurus anak-anak perempuannya), maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya".
          
          (HR Bukhari No: 1352) Dar Ibn Kathir.
          
          Status :Hadis Sahih
          
          Pengajaran:
          
          1.  Kewajipan ibu dan bapa ialah menyediakan keperluan asas harian anak-anak seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal.
          
          2.  Ibu bapa sewajarnya mengurus keperluan anak-anak dan mengutamakan dengan mendahulukan mereka walaupun ibu bapa terpaksa mengikat perut.
          
          3.  Anak-anak yang dididahulukan keperluannya oleh ibu bapa (mengurus anak-anak perempuan)  akan menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
          
          Semoga anak-anak menjadi penyejuk mata ibu dan bapa.

FYEOBOO-

Assalamualaikum!
          
          Ahahahahahaa. Birthday.. japp nk bahaskan diri ape eh..
          
          Ahahaha lantak ah. Yg birthday kat bio tu. Birthday saudara ke? 17/7 wauuuuuu
          
          Birthday saya 17/2 
          
          Ohohhoho okayy byee assalamualaikum ✨✨❄️

_Khalifah-Rifqi_

Tkseh wish ^_^
Reply

_Khalifah-Rifqi_

Pggil je pape yg awk rse selesa
Reply

_Khalifah-Rifqi_

Berwuduk Sebelum Tidur
          
          عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ بَاتَ عَلَى طُهُورٍ ثُمَّ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَسَأَلَ اللَّهَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا أَوْ مِنْ أَمْرِ الْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ
          
          Dari Muaz bin Jabal RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), kemudian ia terbangun di tengah malam, lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia atau perkara akhirat, niscaya akan di berikan kepadanya." 
          
          (HR Ibnu Majah No: 3871) 
          
          Status: Hadis Sahih
          
          Pengajaran:
          
          1.  Antara adab tidur untuk setiap Muslim adalah berwuduk sebelum tidur.
          
          2.  Muslim yang tidur dalam keadaan suci kemudian bangun malam dan berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan apa yang dipinta dari perkara dunia mahupun akhirat.
          
          Pastikan berwuduk sebelum tidur serta bangunlah dimalam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ambillah peluang memanjatkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat diwaktu terbaik untuk berdoa.

annotsun

@ _Khalifah-Rifqi_  ✨
Reply

_Khalifah-Rifqi_

Jadilah Orang Kaya Sebenar
          
          عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
          
          Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati." 
          
          (HR Bukhari No: 5965)
          
          Status: Hadis Sahih 
          
          Pengajaran:
          
          1.  Orang yang memiliki harta, tidak akan merasa puas dengan harta yang dimiliki.
          
          2.  Orang yang sebenarnya kaya ialah yang hatinya merasa puas dengan apa yang dimilikinya dan tidak mengharap apa yang ada pada tangan orang lain.
          
          3.  Orang yang kaya hati adalah orang yang tidak rakus mencari harta dan sentiasa  bersifat qanaah.
          
          Ayuh bersifat RAHMAH  dengan memiliki hati yang kaya.