Assalamualaikum and hye guys…
Untuk sesiapa yang baru membaca karya Vee, especially yang bergenre MAFIA, Vee nak maklumkan sedikit tentang latar cerita Vee.
Kebanyakan trope mafia Vee akan berlatarbelakangkan Itali atau negara-negara Eropah atas beberapa sebab yang Vee rasa perlu dititikberatkan, terutama dari sudut agama. Jika difikirkan secara logik, agak kurang sesuai untuk Vee menjadikan hero yang beragama Islam sebagai seorang yang terlibat dalam dunia jenayah dan segala perkara yang berkaitan dengannya. Jadi, Vee memilih untuk meletakkan latar cerita mafia di negara Eropah.
Mr. Mafia CEO sahaja yang berlatarbelakangkan Malaysia kerana walaupun mempunyai trope mafia, jalan ceritanya lebih kepada seorang lelaki yang melindungi keluarga dan syarikatnya, bukan berfokus kepada dunia jenayah atau violence.
Kalau trope mafia bukan cita rasa korang, jangan risau Korang masih boleh enjoy karya Vee yang lain kerana tak semua karya Vee bergenre mafia.
Dan kalau korang sukakan watak hero atau heroin yang red flag, maaf ya… Vee bukanlah author yang selalu menghasilkan watak red flag Melainkan Jasmin Amira, selebihnya korang sendiri boleh tentukan sama ada watak-watak Vee tu red flag, green flag atau apa-apa flag sekalipun.
Nak buat watak hero atau heroin yang betul-betul red flag ni sebenarnya agak menguras tenaga Vee yang tak seberapa ni.
Apa-apa pun, enjoy my karya and thank you for always supporting Vee.
Love you guys! ✨