Hai assalamualaikum kepada semua para pembaca dan juga yang mengikut acc saya ! Sihat semua? Saya harap korang semua sihat ya.
Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya akan hiatus dan secara langsungnya juga, saya akan unpub kedua - dua cerita saya :
1) Aidan Raffael | Babysitter To His Wife
2) Love You Mr. Lecturer
Banyak sebab kenapa saya nak hiatus dan unpub kedua - dua cerita ni. Antaranya disebabkan kekangan masa yang membuatkan saya tak dapat nak sambung cerita saya yang latest LYML.
Saya tak nak buat para pembaca semua menunggu untuk saya pub chapter seterusnya. Jadi saya bercadang untuk unpub saja. Sebab yang lain, jalan ceritanya, ayat dan juga lain - lain.
Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang sedang membaca cerita saya. Insyallah ada rezeki, dipanjangkan umur, saya akan sambung semula dengan membuat cerita yang lebih bermanfaat.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri !! tak awal sangatkan? takpe nanti hari raya saya cakap lagi.
Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah silap sepanjang saya berada di dalam dunia wattpad.
Itu saja daripada saya. Insyallah kita berjumpa lagi.
Sekian. ❤️