Pulang dari kepenatan, dia pernah meluah bahwa dirinya perlu masa. Kurang lebih "balik penat, nak minta dukung".. Rimas dengan kemanjaan pasangannya. Mungkin kini juga sama. Rimas dengan aku yang sentiasa mahu dengannya.
Episode kali ini aku harus belajar bahawa keinginan untuk sentiasa dekat dengannya, harus aku kuburkan perlahan-lahan. Biar dia dengan dunianya. Bila perlu dia akan datang. :) Tidak apa-apa, nama pun sudah sayang..
Aku tidak mahu menjadi seorang pasangan yang merimaskan. Aku cuba ya ? Maaf jika masih banyak kurangnya.