_misssuzana

Hai, siapa yang berminat dengan buku Bahagia Milik Kita? ini, boleh dapatkan di website atau di sopi tau
          	
          	Status : Preorder
          	
          	Website : https://fortunellebookstore.easy.co/products/novel-bahagia-milik-kita-miss-suzana
          	
          	Shopee : https://s.shopee.com.my/6VDHmMlstn
          	https://www.wattpad.com/story/371669076

_misssuzana

Tiba-tiba terasa ada benda tajam yang menusuk ke perut Raiden. Mata terbeliak kerana terkejut. Ulas bibir Raiden bergetar bersama nafas tersekat. Tangan turun meraba sekitar perut yang terasa pedih. “Ka... kau...”
          
          “This is what I’ve prepared for you today. I harap you dapat berseronok... dalam syurga nanti,” bisik Madam Ling sebelum dia berlari laju, meninggalkan lelaki yang baru saja dia tikam itu. Sempat lagi carutan dilepaskan terhadap anak buahnya yang tak kunjung tiba.
          
          Raiden ingin tumbang namun berjaya disambut oleh Tengku Farel. Lelaki itu juga turut menekup luka tusukan di perut tersebut. Darah tidak berhenti mengalir keluar. Rentak nafas Raiden kelihatan tidak sekata. Mulut terbuka ingin mengatakan sesuatu.
          
          “Bertahan. Ambulans dah nak sampai ke sini,” arah Tengku Farel seraya memangku kepala Raiden. Kepala ditundukkan sedikit kerana dia tidak dengar apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu.
          
          Jari telunjuk dituding pada Hawa. “Ha... Hawa, Rel. Hawa. Sela... matkan Hawa... hos... pital.” 
          
          Raiden menggigil menahan kesakitan yang kian menghimpit. Tatapannya terasa kabur. Bunyi terakhir yang Raiden dengari adalah bunyi tembakan sebelum mata terpejam rapat. 
          
          
          I just published "Bab 33" of my story "My Fake Maid". https://www.wattpad.com/1520200877?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=_misssuzana

_misssuzana

“Siapa kau? Kenapa kau culik aku?” Bicara Hawa sudah bertukar kasar.
          
          “Nice question! Aku, Madam Ling. Aku culik kau supaya Raiden datang semula pada aku. Suami kau tu, bodoh! Aku tawarkan kerja yang lumayan, dia tak nak. So, what plan do I have now? Culik kau! Dan kalau Raiden tak datang sini, siap sedia untuk...”
          
          Tiga jari Madam Ling membentuk seperti pistol lalu diletakkan ke kepala Hawa sebelum perlahan-lahan turun ke perut wanita itu. Bibir tersenyum lebar. “Piuw! Piuw! Aku akan kau dan anak kau ke syurga.”
          
          https://www.wattpad.com/story/385948284

_misssuzana

"Raiden, kau tak nak..." Terputus bicara Arzen apabila melihat Raiden mengangkat tangan. Meminta dia diam seketika.
          
          Kaki melangkah masuk lalu pintu ditutup. Baru saja Arzen hendak mengajak rakannya itu makan di luar.
          
          Jemari menggesek skrin ke tepi, menjawab panggilan tersebut. Lantas telefon ditekapkan ke telinga. Namun...
          
          Mata Raiden melotot dan perlahan-lahan telefonnya jatuh ke lantai. Mulut bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu kepada Arzen. Tubuhnya menggigil.
          
          "Weh, kau kenapa ni?" soal Arzen, bimbang dengan reaksi lelaki itu. Tangan bergerak mencapai telefon yang sudah selamat mencium lantai, tapi kata-kata Raiden membuat Arzen terkaku.
          
          "Hawa hilang."
          
          https://www.wattpad.com/story/385948284

_misssuzana

"Raiden, kau tak nak..." Terputus bicara Arzen apabila melihat Raiden mengangkat tangan. Meminta dia diam seketika.
          
          Kaki melangkah masuk lalu pintu ditutup. Baru saja Arzen hendak mengajak rakannya itu makan di luar.
          
          Jemari menggesek skrin ke tepi, menjawab panggilan tersebut. Lantas telefon ditekapkan ke telinga. Namun...
          
          Mata Raiden melotot dan perlahan-lahan telefonnya jatuh ke lantai. Mulut bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu kepada Arzen. Tubuhnya menggigil.
          
          "Weh, kau kenapa ni?" soal Arzen, bimbang dengan reaksi lelaki itu. Tangan bergerak mencapai telefon yang sudah selamat mencium lantai, tapi kata-kata Raiden membuat Arzen terkaku.
          
          "Hawa hilang." 
          https://www.wattpad.com/story/385948284

_misssuzana

“Hawa mengandung. Saya...”
          
          “Tak lama lagi abang akan jadi ayah,” beritahu Hawa. Dapat dia rasa tangan Raiden yang menggenggam tangannya sedang menggigil.
          
          Tatapan mereka bertemu. Dan-dan Raiden jatuhkan kepala. “Ya, abang akan jadi ayah. Dan sayang akan jadi ibu. Kita akan jadi ibu dan ayah nanti.” Memeluk tubuh si isteri dan air mata Raiden mengalir apabila terasa usapan di belakang badannya.
          
          Sungguh, ini adalah sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh Raiden. Dia yang pada awalnya tidak mahu berkahwin dan mempunyai anak tapi lihatlah takdir berkata lain. Raiden sangat gembira dengan anugerah terindah ini. 
          I just published "Bab 29" of my story "My Fake Maid". https://www.wattpad.com/1517428904?utm_source=android&utm_medium=profile&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=_misssuzana