_nurraa_

lhikbal

"Kita sama-sama anak yatim, Melur. Cuma bezanya kau tak ada dua-dua, aku masih ada ibu. Tapi ibu aku..."
          
          "Banduan?"
          
          "Macam mana kau tahu?" Kening Adi terjongket. Jujur dia kaget, gadis itu boleh tahu tentang rahsia kelamnya yang satu itu.
          
          "Aku, pernah dengar pengawas junior cakap fasal tu." Perlahan nada suara Melur ketika mengucapkan itu.
          
          Adi menganggukkan kepalanya perlahan. "Aku tinggal dengan nenek aku lepas ayah aku meninggal. Dulu, ayah aku jahat. Dia selalu pukul mak aku, paksa mak aku pergi kerja, cari duit untuk dia, sedangan dia? Hisap dadah." Segala ketidakpuashatian terhadap sang bapa diluahkan.
          
          "Apa lagi yang dia buat kat mak kau?" soal Melur.
          
          "Macam-macam. Hari-hari aku tengok dia orang bergaduh. Tapi mak aku sikit pun tak pernah melawan."
          
          "Kenapa dia tak lawan?" Melur bertanya lagi.
          
          "Mungkin dia takut."
          
          "Jap, kalau ayah kau yang jahat, kenapa mak kau yang masuk penjara?"
          
          https://www.wattpad.com/story/365427562?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=lhikbal

MISSDELAYLA

TAJUK : YOU & I
          GENRE : ROMANCE FEAT ACTION
          LINK : https://www.wattpad.com/story/308382712
          
          SINOPSIS : 
          
             NUR DAIYAN QAISARAH, merupakan seorang penulis novel berbakat besar yang baru sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Haziq, beberapa bulan lalu. Ekoran peristiwa itu.
          
          Mariam memberi cadangan kepadanya untuk bercuti ke negara jiran iaitu Indonesia. Hasrat di hati tidak mahu sama sekali tetapi jasadnya melangkah jua ke sana. Apa boleh buat, pabila hati terlalu rapuh tiada paksaan untuk dipersetujui melainkan kerelaan. 
          
          Apa yang dirancang di negara Garuda Pancasila itu semuanya kecundang tatkala dirinya menyaksikan pembunuhan di hadapan mata, sekali gus mengakibatkan dirinya dihimpit dalam jerat lelaki bernama Rangga. 
          
          "Perjalanan kita masih panjang. Kamu harus mengerti tentang hal itu. Lagi pula kamu sudah enggak bisa melakukan apa-apa di sini. Ingat! Salahmu adalah, kamu seharusnya tidak melihat pembunuhan malam itu." - RANGGA.
          
          "Jangan ingat aku bodohlah! Aku boleh faham apa maksud kau walaupun kadang-kadang aku tak faham apa kau orang cakap!" - NUR DAIYAN QAISARAH.
          
          Tempoh percutiannya ke sana selama seminggu bagaikan sebuah neraka dunia, dia tidak bebas melainkan hanya menurut segala perintah dari lelaki tidak berperikemanusiaan itu agar terus hidup. Mampukah gadis biasa sepertinya yang tidak mempunyai keberanian yang hanya tersisa kebijaksanaan melepaskan diri dari lelaki itu? 
          
          Siapakah Rangga sebenarnya di negara Garuda Pancasila itu? 
          
          VOTE, SHARE, AND COMMENT. TERIMA KASIH ❤️
          
          • ─── ✿ ─── ✾ ─── ✿ ─── •