addien90

06/06/2016 | Isnin | 1 Ramadhan 1437H
          	
          	Buku Baru ketiga: Mutiara Jawapan Bagi Masalah Bulan Ramadhan.
          	
          	Moga bermanfaat.

LittleShisheida

Salam. Ustaz.. Nak tanya sket boleh x? Betul ke hadith dan cara bersalam ni..  Jazakallahu khair.. 
          -------
          
          السلام عليكم و رحمة اللّٰه و بركاته
          
          Cara Berjabat Tangan
          
          عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَقْبَلَهُ الرَّجُلُ فَصَافَحَهُ لَا يَنْزِعُ يَدَهُ مِنْ يَدِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ يَنْزِعُ وَلَا يَصْرِفُ وَجْهَهُ عَنْ وَجْهِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ هُوَ الَّذِي يَصْرِفُهُ وَلَمْ يُرَ مُقَدِّمًا رُكْبَتَيْهِ بَيْنَ يَدَيْ جَلِيسٍ لَهُ
          
          Dari Anas bin Malik berkata: Apabila ada seseorang menemui Nabi SAW lalu berjabat tangan dengannya, baginda tidak melepaskan tangannya sehingga lelaki tadi yang melepaskannya terlebih dahulu, dan baginda tidak memalingkan wajahnya dari wajah orang yang menemuinya sehingga lelaki itu yang terlebih dahulu memalingkan wajahnya, dan baginda tidak pernah dilihat mengedepankan kedua lututnya di hadapan para sahabatnya. (HR Tirmizi No: 2414)
          
          Pengajaran:
          
          1. Rasulullah sentiasa mengutamakan, perihatin dan berakhlak kepada sahabatnya dalam pergaulan. Antara adab dengan sahabat:
          
          a. Tidak akan melepaskan gengaman tangan apabila berjabat tangan dengan orang lain sehinggalah orang tersebut yang merungkaikannya
          
          b. Ketika bersalaman, akan memandang wajah orang yang disalami sehingga orang tersebut memalingkan wajah terlebih dahulu.
          
          c. Tidak akan melunjurkan kaki di hadapan sahabatnya sebagai tanda menghormati sahabatnya.
          
          2. Bersalaman, berjabat tangan dan memandang wajah dengan penuh kasih sayang dengan sahabat akan memperkukuhkan perasaan kasih sayang antara muslim.
          
          Jom kita contohi Rasulullah. Semoga ukhuwah sesama kita semakin kukuh.
          
          

LittleShisheida

Salam.  Ustaz,  maaf nak tanya benda2 yg biasa org sebut dan kita selalu dengar tapi saya tak pasti betul ke tak. 
          
          (1)Betul ke Nabi pernah kata "Tuntutlah ilmu sampai ke negara China "?
          (2) 'Syurga di bawah tapak kaki ibu' ni betul ke hadith nabi?  
          
           TQ 
          Jazakallahu Khair. 

addien90

@LittleShisheida
            
            1. Hadith sangat lemah sebahagian ulama' kata palsu.
            
            2. Hadith lemah tapi ada riwayat An-Nasaie yg mana Nabi menyebutkan begitu ketika ada seorang sahabat nak ikut berperang tapi dia masih ada ibu yang perlu dijaga. Nabi suruh jaga ibunya dan mengatakan sedemikian.
Reply

shaf_akifas

Assalamualaikum ustaz , saya ingin bertanya apakah yg boleh dilakukan oleh perempuaan yg sedang dlam haid untuk sama2 mendapatkan mlam lailatul qadar ?

addien90

@shaf_akifas waalaikumussalam. Boleh lakukan apa sahaja ketaatan/ibadah selain solat. Antaranya zikir, berdoa, sedekah, dan sebagainya. Nabi ajar banyakkan baca doa:
            
            اللهم إنك عفو تحب العفو فعفو عني
            
            Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni.
            
            Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Sukakan keampunan, maka ampunkanlah daku.
Reply