debu-debu melayang
keras menyambar malam
di celah-celah kota
di bawah cakerawala
berterbangan pelesit kota
berterbangan unggas gila
ketika bukan gersang
bumi berkelontangan
mencabar kehidupan
tabiat jadi gila
terkumpullah segalanya
menjadikan pelesit kota
bersembunyi di mana-mana
mungkin di celah-celah
dedaunan dan debunga
atau berada di saku manusia.....
sejak aku mengenali dirimu
bermacam dugaan yang ku lalui
adakala tersentuh rasa hati
adakala cemburu melukai
namun aku tempuhi dengan sabar
sejak aku jatuh cinta padamu
perasaan aku sering ternganggu
adakala aku rasa curiga
adakala semacam tak percaya
adakah kau setia kepadaku
oleh kerana hatiku setia
sebab itulah teguh cintaku
oleh kerana hati sudah terpikat
sebab itu aku sayang
dari hari ke hari
aku terus merindui
dan aku dapat rasakan
betapa hatiku sukar
nak melepaskanmu
biar terpaksa susah payah
namun ku relakan
asalkan kita terus dapat
oh bersama selamanya
pandanglah aku hembuskan nafasmu
kerana aku amat merindukanmu
jangan-janganlah kau jauh dariku
tanpa wajahmu kelam duniaku
bisikan aku katakan cintamu
kerana suaramu bersyair bagiku
dendangkan aku dengarkan padaku
dakaplah aku wahai kekasihku
bila bermimpi kamu
jaga dari tidurku
aku sebut namamu
aku seru cinta mu
engkaulah kekasihku
akulah pencintamu
bawaku bersamamu
agar hilang resahku
eratkan dakapan mu
dekatlah padaku
cinta berpadu
tak pernah ku menduga
gelora jiwa sesal di dada
aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
bagaimanakah nantinya
aku dapat menyakinkan
rasa cinta di hatiku
hanyalah untuk mu kekasihku
mendung dalam sinar matamu
kenangan duka masa lalu kepasrahan
tak kuhirau panas mentari lagi
demi cinta ku rela menanti
tak kan goyah walau badai kan melanda
seribu tahun ku tetap setia
lupakanlah dukamu yang silam
hulurkn tanganmu sambutlah kasihku
mari bersama kita melangkah
membina cinta abadi