afiifah_shariha

Saya post sekali lagi sebab lupa sertakan link. Adoilah. 
          	
          	Salam Jumaat semua :) Jemput baca tentang ' Nol' di dalam di dalam buku Kosa Kata yang Aneh-Aneh.
          	
          	Entry ini ringkas sahaja kerana idea datang secara tiba-tiba. Semoga bermanfaat!
          	
          	https://www.wattpad.com/1277347703-kosa-kata-yang-aneh-aneh-nol

afiifah_shariha

Assalamualaikum, teman-teman. Kosa Kata yang Aneh-Aneh sudah diupdate. 
          
          Kali ini saya menulis tentang Kishōtenketsu pula. Secara ringkas, Kishōtenketsu ialah struktur penulisan yang digunakan secara meluas di Asia Timur. Menariknya, struktur ini bukan sahaja diaplikasikan di dalam karya sastera, bahkan di dalam filem, permainan video, anime dan manga. 
          
          Untuk kupasan lanjut, klik link untuk membaca:
          https://www.wattpad.com/1274848868-kosa-kata-yang-aneh-aneh-kisho%CC%84tenketsu

afiifah_shariha

Assalamualaikum. Kepada teman-teman, jemput baca Kosa Kata yang Aneh- Aneh di page saya. Ini ialah percubaan pertama saya menulis buku non-fiksyen.
          
          Buku ini sebenarnya bermula dari kemahuan ingin menambah kosa kata. Saya membaca pelbagai jenis bahan bacaan, menonton video dan memerhati persekitaran. 
          
          Dalam proses ini, saya menemui pelbagai perkataan aneh, langka dan bombastik. Kebanyakannya tidak digunakan dalam kehidupan seharian. Lebih banyak dalam karya sastera. Uniknya, dalam keadaan tertentu, perkataan ini hadir sebagai bahasa basahan.
          
          Saya mahu mengangkat perkataan-perkataan ini dengan cara tersendiri. Dari pemerhatian, teori dan segala-galanya yang boleh dikaitkan dengan sebuah kosa kata yang aneh --- saya catatkan di sini. Jemput baca!
          
          Ini linknya:
          https://www.wattpad.com/story/323118104-kosa-kata-yang-aneh-aneh

afiifah_shariha

Hai semua! Lama tak menjengah laman Wattpad. Ni post pertama untuk tahun 2020 :) 
          
          So benda pertama nak share, ialah tentang majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Kedua-dua majalah ini sudah ada dalam versi digital, dan boleh diakses secara PERCUMA di laman web DBP. Ada banyak karya-karya bagus (puisi, cerpen & drama). Ada column yang mengulas, mengkritik dan banyak lagi.
          
          Jujurlah, ni first time saya baca, dan masih belum habis lagi. Secara peribadi, walaupun baru baca separuh, banyak boleh belajar. Lepas tu wow sorang-sorang. Haha. 
          
          Kalau berminat, boleh tekan link kat bawah ni. Jom pakat baca, jom!
          
          http://lamanweb.dbp.gov.my/

afiifah_shariha

Tahniah kepada Wattpaders yang berjaya menjadi 500 terbaik untuk anugerah Wattys 2018! Especially to my dearest followers, @CTZN18 dan @nursamilasamsudin . You guys did it! Moga-moga kalian berjaya ke senarai short list pula. Aminnnn :D Yang belum berjaya, kita usaha lagi lain kali, ya? ;)
           
          Okay semua. Boleh dah slow slow start scroll senarai tu. Bila dah terpilih tu maksudnya buku diorang bagus lah wehhh. Maksudnya moaaare books to read! Hahaha. 

norsamilasamsudin

@fiirooustea, tq.  Nanti saya check. :)
Reply

afiifah_shariha

Selamat hari raya Aidil Adha 1439 H / 2018 M kepada semua Wattpaders yang beragama Islam! Tahun ini, alhamdullilah raya haji disambut dalam cuti sekolah. Meriahnya ala kadar, tapi disambut penuh kesyukuran. Insha Allah kita bertakbir sehingga hari tiga hari lamanya, mengingati kebesaran Allah sambil  meneladani semangat pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s. :) 

afiifah_shariha

Semalam, 15 Julai 2018, berlangsungnya  perlawanan akhir piala dunia antara pasukan Perancis dan Croatia. Memang mendebarkan.
          
          Siapa di sini seperti penulis? Yang duduk di hadapan tv, terjerit-jerit, kaki automatik bergerak macam kita pula yang tengah sepak bola. Hahaha. 
          
          Selepas 95 minit yang nak luruh jantung, akhirnya Perancis diangkat sebagai pemenang Piala Dunia 2018. Tahniah Perancis!
          
          P/s: Jangan lupa baca puisi bertajuk 'Aney, Teh Tarik Satu!'. Puisi ini terhasil setelah penulis sendiri, tanpa dijangka, telah terjebak dalam demam piala dunia. Oh nasib lah. Ini rasanya pasukan pilihan kalah perlawanan. Lol 

afiifah_shariha

Lamanya saya tak menulis di sini. Idea turun naik, semangat pun turun naik juga.  Adoi.
          
          Masih di sini bersama saya, kan? (Tolonglah cakap ya. Haha) Sebab hari ini saya ada buah tangan baharu untuk anda, sebuah puisi bertajuk 'Nasi Basi'. 
          
          Jangan lupa tinggalkan komen dan vote supaya saya lebih bersemangat untuk berkarya. Selamat membaca!  :)