Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang sentiasa menyokong saya dalam dunia penulisan ini. Setiap komen, setiap kata semangat, dan setiap masa yang kalian luangkan untuk membaca karya saya sangat bermakna buat saya.
Namun, buat masa ini, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada menulis dan memberi fokus kepada pelajaran. Saya percaya setiap perjalanan ada fasa dan waktunya yang tersendiri, dan saya ingin memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.
Walaupun saya tidak akan menulis buat sementara waktu, kasih sayang dan penghargaan saya kepada kalian tetap tidak berubah. Teruslah membaca, teruslah berkarya, dan teruslah menyokong dunia penulisan yang indah ini. Insya-Allah, jika ada rezeki, kita akan bertemu lagi dalam karya-karya akan datang.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan saya. Jaga diri dan semoga kita bertemu lagi di masa hadapan.
Dengan penuh kasih sayang
- pipi pau ♡