A bit teaser for chapter ?? I guess.
"Kau termenung apa tu Sarah?" Aku terhenti daripada terus mengingati kisah lama itu. Walaupun perit, tapi aku cuba telan.
"Termenung lagi??" Farhah menegurku buat kali kedua.
Aku berpaling menghadapnya.
"Teringat kenangan lama lagi?" Dia bertanya.
Aku menganggukkan kepalaku. Mata mula berkaca.
Farhah terus menarikku ke dalam pelukan sambil mengusap belakangku untuk menenangkan aku.
Air mata mula jatuh.
"Dia mungkir janji, Farhah." Sambil teresak esak aku menangis tentang perkara yang sama. Lagi.
"Dah. Jangan nangis please. He don't deserve you. Betapa setianya kau tunggu dia. Kukuhnya cinta kau pada dia. Tapi jangan sampai terlupa pada Pencipta kita yang Satu tu, Sarah."
Itulah sikap Farhah. Dia tak pernah jemu menasihati aku. Mungkin aku terlalu lalai dan leka sehingga Allah menguji aku sebegini. Ini hanya ujian kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan masalah orang yang lebih susah.
Aku harus bertabah! Lupakan dia, Qaisarah Humaira!