missfaa_

"Hanif, kau keluar sekarang!" Aisyah mula meninggikan suara. 
          
          Tiba-tiba sahaja, pipi Aisyah dicekup kuat. Wanita itu langsung sahaja mencuba untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu. 
          
          "Apa kau buat ni?" Tanya Aisyah. 
          
          "Eh perempuan. Nasib je kau sekarang ni masih dalam rumah mak kau. Apa masalah kau ek? Aku nak tidur sebelah kau ke, nak tidur bawah ketiak kau ke, kenapa kau nak marah? Aku ni suami kau, tahu? Syurga kau bawah tapak kaki aku," Kata Hanif. Dahinya berkerut menahan marah. 
          
          "Lepaskan aku lah," balas Aisyah. Tubuh lelaki itu ditolak beberapa kali namun sia-sia. 
          
          "Kau dengar sini. Habis je waktu kau bermesra dengan mak kau, kau tak boleh dan tak akan jejak kaki lagi dalam rumah ni. So, aku harap kau boleh lepaskan segala rindu kau dalam masa seminggu ni," kata Hanif lagi. Genggaman tangannya dilepaskan. Merah pipi wanita itu dibuatnya. Puas hati!
          
          Bantal dan selimut diambil sebelum dia melangkah meninggalkan Aisyah. Dia hanya perlu menunggu beberapa hari sahaja lagi sebelum Aisyah mengikutinya pulang. 
          
          Kemudian, Aisyah akan menjadi seratus peratus hak miliknya.
          
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

Chapter 10
          
          "Elok sangat la tu dia kahwin dengan Doktor Hanif, daripada si Aathif tu, apa pun tak ada"
          
          "Dah apa pasal kau cakap macam tu?" Mata Wati dituju ke arah Aisyah yang pada ketika ini kelihatan sangat cantik. 
          
          "Ye lah, Doktor Hanif tu dah sah-sah lah boleh sediakan semua untuk Aisyah. Kalau Aathif tu, aku rasa, rumah pun dia tak mampu nak beli. Kalau nak tunggu Aathif tu pacak khemah megah, agaknya, masuk umur 30 pun belum tentu boleh kahwin lagi," jawab Imah. 
          
          "Rezeki masing-masing, Mah. Jodoh tu pula dekat tangan Allah. Kau bukannya tahu pun, apa perancangan Tuhan tu untuk si Aathif. Mana tahu, tiba-tiba ada anak orang berada suka dekat budak tu, kahwin juga dia nanti," balas Wati. 
          
          "Ye ye je kau. Aku rasa, anak orang kaya pun tak akan pandang muka dia," balas Imah. 
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

Chapter 9
          
          "Ceraikan aku! Aku tak nak hidup dengan kau. Aku sayangkan Aathif seorang je!"
          
          "Aisyah... Suami Aisyah ada dekat depan mata Aisyah tau. Mana boleh sebut-sebut nama lelaki lain," balas Hanif. 
          
          "Kau tak faham ke, Hanif?"
          
          "Aisyah..." Panggil Hanif lembut. Riak wajah mula meluat dengan sikap Aisyah yang menyebut-nyebut nama Aathif. 
          
          "Aku tak nak hidup dengan kau, Hanif! Kau siapa, ha?! Tiba-tiba muncul dalam hidup aku! Aathif pun tak pernah buat macam ni dekat aku lah!" Tengking Aisyah. 
          
          "Aisyah!"
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

"Macam mana kau boleh start pakai pakaian macam ni?" Tanya Aisyah.
          
          "Like this? Sejak aku keluar duduk dekat KL, aku rasa macam aku ni orang ketinggalan zaman. That's why aku start try something new. Mula-mula tu aku macam malu-malu sebab ye lah, aku ni ibarat rusa masuk kampung. Culture shock gitu. Lama-lama tu aku start clubbing, pergi sana sini. It's fun sebenarnya," jawab Irdina.
          
          Matanya masih melirik ke satu-satu baju yang ada. Tangan laju menolak setiap pakaian yang dia tak minat. 
          
          Aisyah tersenyum kelat. Mungkin betul apa yang pernah dia dengar dahulu. Setiap orang berbeza-beza. Keputusan di tangan masing-masing. Dia hanya berharap suatu hari nanti, Allah akan jentik hati Irdina untuk berubah ke arah yang lebih baik.
          
          "Tak semua orang pergi clubbing untuk mabuk dan buat maksiat. It just the way I want to have fun in my life. That's why I choose to be daring, bold in KL," pujuk Aisyah seraya mengusap-usap bahunya.
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_