akhi_angah53
Puisi buat Abam Satu lagi permata telah hilang sirnanya.. Pemergianmu tidak diduga... Terasa kering airmata meratapi pemergianmu.. Tiada lagi tingkahmu yang mencuit hati.. Tiada lagi lawakmu yang membuat ku terhibur.. Kematianmu amat aku cemburui.. Begitu ramai yang memberi perhormatan terakhir.. Seolah2 solat Jumaat.. Sayangnya aku jauh di bumi kenyalang.. Andai aku berada di situ aku juga teringin untuk memberi penghormatan untuk kali terakhir.. Biarpun kau telah bersemadi di dlm bumi.. Senda guraumu, senyum tawamu lawakmu tetap segar di hati ini.. Bersemadilah engkau dengan tenang.. Semoga Allah memberimu syurga yang tertinggi diatas segala pengorbanan yang kau buat untuk kluarga.. Semoga kepulanganmu ke kampung abadi mendapat redha dari Yang Maha Kuasa..